>

Tuesday 11 November 2014

Urutan Bayi Menggalakkan Perkembangan Minda Bayi ?


Sumber: Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan urutan bayi yang sememangnya banyak manfaatnya..bukan sahaja kepada bayi malah kepada ibu bapa itu sendiri. Urutan penuh kasih sayang ini bukan sahaja menggalakkan perkembangan minda bayi sebenarnya malah mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak :D

Urutan Bayi 

Urutan bayi ini boleh dijadikan rutin untuk diamalkan pada bayi seawal baru lahir sehingga enam bulan. Proses urutan ini hendaklah dilakukan dengan belaian sentuhan yang lembut. Urutan ini amat penting untuk perkembangan emosi (memberi ketenangan dan merapatkan hubungan antara bayi dan ibu bapa atau pengasuh), fizikal bayi (penghadaman, pertumbuhan, dan koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic)), meningkatkan kepekaan deria sentuhan bayi dan menggalakkan perkembangan minda. Ibu bapa atau pengasuh yang ingin melakukan urutan ini hendaklah mahir dengan teknik urutan yang betul agar tidak mendatangkan kecederaan kepada bayi.

Kajian-kajian menunjukkan kesan sentuhan dan urutan untuk kanak-kanak boleh merangsang saraf otak untuk membantu penyerapan zat makanan dan pertambahan berat badan lebih cepat. Selain itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik (berkaitan pola tangisan bayi) pada bayi dan perbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga serta mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal dan kesejahteraan bayi dan kanak-kanak.

Sumber Google

Faedah Urutan Bayi


Antara faedah yang boleh diperolehi daripada urutan bayi ini kepada bayi adalah :
  • Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman.
  • Menjadikan bayi tidur lebih nyenyak dan kurang merengek.
  • Melegakan tekanan, kesakitan dan keresahan. Kajian menunjukkan bahawa urutan akan menyebabkan otak mengeluarkan endorphins yang membantu bayi sentiasa tenang.
  • Melegakan angin dan Kolik (berkaitan pola tangisan bayi)
  • Merangsang pengaliran oksigen dalam badan bayi.
  • Membantu meredakan kesakitan apabila kurang sihat.
  • Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman.
  • Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.
  • Menggalakkan perkembangan minda dan koordinasi anggota badan.
  • Membantu bayi yang mengalami masalah kulit kering.
  • Membantu bayi mempelajari bagaimana menggunakan sentuhan sebagai satu cara meneroka dunia persekitaran.
  • Merangsang kecekapan sistem imunisasi  yang boleh melindungi bayi dari jangkitan dan menggalakkan koordinasi otot bayi.
  •  Membantu merangsang perkembangan neoron yang berhubung didalam otak yang amat penting untuk aktiviti fizikal.

Bagi bayi yang pramatang pula, analisis global yang dijalankan daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti :
  • Peningkatan berat badan yang baik sebanyak 47 %
  • perkembangan lebih baik
  • Lebih aktif
  • Lebih peka dan menunjukkan tindak balas
  • Keluar Hospital lebih awal

Antara faedah urutan  bayi ini terhadap ibu bapa pula ialah:
  • Memberikan lebih keyakinan dalam memenuhi keperluan bayi.
  • Memahami cara berkomunikasi dengan bayi secara non- verbal.
  • Merasa tenang dan relaks.
  • Membantu mengurangkan postnatal depression ibu yang bersalin.
  • Bagi ibu yang menyusukan bayi, laktasi akan terhasil dari stimuli hormon. 

Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mengurut bayi

  • Berkuku pendek
  • Membasuh tangan dan keringkan.
  • Tanggalkan barang kemas atau perhiasan yang dipakai agar tidak mencederakan bayi.
  • Suhu persekitaran yang tidak sejuk.
  • Suasana yang tenang.
  • letakkan minyak atau losyen di tangan anda terlebih dahulu sebelum diurut kepada bayi.
  • Meminta izin bayi jika bayi tersenyum baru mulakan.
  • Mulakan urutan dimana-mana yang bayi suka.
  • Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  • Sediakan pakaian bayi supaya boleh terus dipakaikan sejurus habis sesi urutan.
  • Semasa sesi urutan ibubapa atau pengasuh digalakkan berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak.
  • Sentiasa melihat respon dan melakukan pertembungan mata semasa urutan dilakukan.

Teknik Urutan












Selamat mencuba..tetapi anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan belajar dengan orang yang mahir terlebih dahulu untuk memastikan bayi anda tidak mengalami kecereraan :D

sumber gambar teknik urutan: johson baby 
Sumber rujukan artikel : Modul pendidik dan pengasuh, Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara 



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

2 comments:

  1. Urutan bayi bagus untuk perkembangan yang sihat...saya suka lakukan Urutan lembut kepada Anak saya.setiap Kali diurut saya lihat
    Dia Sangat tenang dan relaks..

    ReplyDelete
  2. bukan setakat bayi je suka diurut, anak-anak kecil juga kita teruskan dengan pelukan.. sangat bagus utk perkembangan dorang..

    ReplyDelete

nRelate Posts Only