>
Showing posts with label Ostematrik. Show all posts
Showing posts with label Ostematrik. Show all posts

Saturday, 24 January 2015

Kenapa Ibu Hamil, Menyusu dan Melahirkan Sangat Memerlukan Kalsium?


ibu hamil perlu kalsium
sumber google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit info mengenai kenapa ibu menyusu dan ibu hamil sangat memerlukan kalsium? Kita selalu dengar ibu mengandung dan menyusu mesti minum susu untuk dapatkan kalsium secukupnya kan.


Sebelum saya ceritakan lebih lanjut mengenai kepentingan kalsium, jom kita saksikan dulu kisah seorang ibu muda yang kekurangan kalsium sehingga tak dapat nak dukung bayi sendiri lama-lama.



Kenapa Kalsium Sangat Penting untuk ibu hamil dan menyusu ?

Seperti yang kita selalu dengar dalam iklan-iklan di televisyen, kalsium sangat penting untuk tulang yang sihat dan kuat. 

Kalsium yang cukup dapat membantu ibu-ibu ini daripada masalah-masalah seperti:


ibu hamil mengalami kekejangan apabila kekurangan kalsium
sumber google


  • Membantu mengatasi lenguh-lenguh otot dan kejang kaki. Hal ini kerana, pengambilan kalsium yang secukupnya akan membantu membentuk otot yang sihat. Ibu-ibu ini mereka sering membawa perut dan bayi oleh itu pengambilan kalsium yang cukup sangat membantu perkerakan mereka.

  • Membantu kuatkan gigi dan tulang. Ibu hamil mereka sangat perlu mengambil kalsium yang secukupnya kerana anak dalam kandungan mereka akan mengambil kalsium daripada ibu untuk pembinaan gigi dan tulang. Oleh itu, untuk memberikan kalsium yang secukupnya kepada bayi dalam kandungan ibu perlu mengambil kalsium dengan secukupnya.

  • Melindungi ketumpatan tulang. Ketumpatan tulang amat penting untuk ibu-ibu ini kerana mereka perlu mengendung bayi mereka. Sekiranya mereka mengalami masalah tulang yang pastinya  menjadi kesukaran kepada mereka. Oleh itu, pengambilan kalsium sangat penting buat mereka.

  • Pengambilan kalsium yang secukupnya juga boleh membantu mengelakkan daripada penyakit darah tinggi.

  • Kalsium juga penting untuk bayi , oleh itu ibu hamil dan menyusu perlu mengambil kalsium yang secukupnya untuk memastikan kandungan kalsium dalam susu ibu mencukupi. Susu ibu yang berkhasiat mengandungi 40% kalsium didalamnya.



kekurangan kalsium
sumber gambar google


  • Kalsium juga boleh membantu masalah sembelit ibu hamil dan ibu yang mengalami sembelit selepas melahirkan.

ibu yang hendak melahirkan perlukan kalsium untuk mengurangkan komplikasi
sumber google


Tahukah Anda?

Tahukah anda kalsium juga sebenarnya boleh membantu mengurangkan komplikasi semasa proses bersalin. Dalam satu artikel KOSMO ada menulis mengenai "Kurangkan Komplikasi Meneran Semasa Meneran"

Jom Baca selanjutnya.

Kurangkan komplikasi semasa meneran


nizha.periswamy@kosmo.com.my
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ibu hamil perlu senantiasa memastikan kesihatan tulang mereka. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet Sumber Asli.
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Para ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disarankan mengambil suplemen kalsium sebagai ganti. Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan Kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil. 
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.


Shaklee Mencadangkan Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya setiap hari





Ostematrik merupakan produk nurtisi shaklee yang membekalkan kalsium yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi kerana selain kalsium ostematrik juga mengandungi vitamin D dan magnasium yang membantu penyerapan kalsium untuk tubuh badan anda.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ostematrik ini dengan membaca entry dibawah ini :

Dapatkan ostematrik untuk kesihatan anda sekarang dengan membuat pembelian secara online dengan klik gambar dibawah :
order ostematrik shaklee


 Atau hubungi saya seperti maklumat yang tertera dibawah untuk dapatkan konsultasi percuma khas untuk pelanggan saya :D


Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.



# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-


Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com




=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DAN LEBIH LAGI DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=============================================================

Monday, 10 November 2014

Anda Menghidap Gastrik Teruk? Set Gastrik Shaklee Boleh Membantu Anda


set Gastrik Shaklee
Sakit Gastrik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan mengenai Set Gastrik Shaklee. Tahukah anda gastrik ini walaupun nampak macam biasa tapi sekiranya berterusan atau kerap berlaku boleh menyebabkan ulser perut dan penyakit berkaitan perut kerana rembesan asid perut yang berlebihan dan yang paling ditakuti sehingga menyebabkan kanser.
 

Apakah Gastrik 

Seperti yang saya telah kongsikan serba sedikit mengenai gastrik pada entry yang lepas.

Penyakit Gastrik ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.

Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
 

Set Gastrik Shaklee 

 

Gastrik
Set Gastrik Shaklee

 

Bagaimana Set Gastrik Shaklee boleh membantu 

  • Esp Shaklee 
    • Merupakan sumber protein yang unggul daripada kacang soya dan bersifat alkali yang tinggi membantu meneutralkan keasidan didalam perut.
    • Berasakan protein yang merupakan bahan utama dalam pembentukan tisu dan sel badan mengantikan sel yang rosak akibat dihakis asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
    • Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan imun badan.
 
  • Ostematrix Shaklee 
    • Suplemen yang mengandungi kombinasi kalsium, magnasium dan vitamin D yang membentu penyerapan Kalsium dengan lebih sempurna.
    • Membantu meneurtalkan asid dalam badan kerana kalsium merupakan mineral yang bersifat alkali dan membantu memastikan keseimbangan pH tubuh.
    • Kekurangan Kalsium juga boleh menyebabkan penyakit gastrik.


    • Mempunyai pudina yang dapat membantu proses penghadaman dan membantu melegakan kesakitan gastrik.
    • Membantu melegakan ketidakselesaan perut dan membuang angin yang tersekat dalam badan.


Jom cegah gastrik anda agar tidak menjadi semakin teruk dengan dapatkan Set Gastrik Shaklee sekarang dengan klik gambar dibawah atau hubungi saya pada maklumat yang tertera dibawah.

Set Gastrik Shaklee


Sekiranya anda merupakan seorang pesakit gastrik yang kritikal, dapatkan nasihat doktor anda dahulu untuk mengambil Set Gastrik Shaklee ini.




Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
========================================================================== 

Wednesday, 29 October 2014

Ostematrik Shaklee | Kalsium Lengkap Dalam Pil

kalsium



Assalamuaalaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin Allah, hari ini saya akan berkongsi mengenai pil kalsium Shaklee. Seperti yang kita tahu kalsium sangat penting kepada tubuh badan kita.

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan. Ia penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan. 

Ha..jom kita lihat apa yang bestnya ostematrik Shaklee ni..

Keistimewaan Ostematrik Shaklee

Ostematrik Shaklee merupakan kalsium yang isinya paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. 

Formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mengandungi :
  • Kalsium
  • Magnasium
  • Fosforus
  • vitamin D
  • Zink 
  • Kuprum
  • Maganes
  • Boron
Nutrien-nutrien ini sememangnya perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan.


astematrik shaklee


Tahukah anda ?

  • Jisim tulang akan berkembang kepada maksima pada umur 28, dan semakin berkurangan sedikit demi sedikit selepas itu.
  • Cara terbaik  untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam kalsium darah selepas penggunaan suplemen. Penggunaan hanya 2 tablet dari ostematrix menyebabkan peningkatan dalam statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.

Manfaat utama Ostematrik Shaklee

  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.
  • Membaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan membaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan keselesaan tidur, meperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga membantu depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnasium serentak dapat membantu meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengakalian Tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Membantu hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D : Dinamakan sebagai vitamin D pada tahun 1916 apabila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu yang melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnasium : Ini adalah ion positif no2 penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang rawan. Selain itu, ia membantu sistem saraf, mengaktifkan enzime tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf otot, menstabilkan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang mendapat kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukosa.
  • Zink, Boron, Magnasium, Kuprum : Memelihara motabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

ostematrik shaklee

Bagaimana memilih kalsium premium

Produk kalsium diluar sana banyak dan mempunyai pelbagai jenama dan keluaran jadi bagaimana kita nak pilih yang betul-betul bagus ya :D

  • Pilih produk yang ada vitamin D dan magnasium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Jom dapatkan Ostematrik Shaklee sekarang sengan klik gambar dibawah 
beli ostematrik shaklee



Jom baca entry bagaimana ostematrik boleh membantu Sakit Sendi.



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 
Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

nRelate Posts Only