>

Monday 30 June 2014

Vitamin Dalam B Complex Shaklee


Vitamin Dalam B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nitrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.


vitamin dalam b compalak syaklee



Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sentesis DNA, menguruskan tekanan dan penyalur tenaga bagi proses metabolisme. Mari kita lihat apakah kandungan 8 vitamin yang terdapat dalam b complex Shaklee ini...


N0
Jenis vitamin
Fungsi

Sumber
Kesan Kekurangan
1
B1 - Thiamine
  • ·         penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein.
  • ·         Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
  • ·         Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahan api untuk badan bekerja.
  • ·         Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demikian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan
  • ·         gandum atau hasil gandum,
  • ·         kacang pis,
  • ·         kacang,
  • ·         tepung yang diperkayakan ,
  • ·         ikan
  • ·         kacang tanah,
  • ·         dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan   vitamin B1.

  • ·         Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
  • ·         Kegelisahan, gangguan tidur.
  • ·         Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
  • ·         Sakit pada bahagian abdomen.
  • ·         Sembelit
  • ·         Gangguan mental atau emosi.

  • 2

  • B2- Riboflavin

  • ·         perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran.
  • ·         Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan katarak.
  • ·         Ia membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
  • ·         Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.
  • ·         memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.
  • ·         Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.

  • ·         keju,
  • ·         putih telur,
  • ·         ikan,
  • ·         daging,
  • ·         susu,
  • ·         ayam & itik,
  • ·         bayam,
  • ·         biji-bijian
  • ·         yogurt.
  • ·         Lain-lain sumber termasuk  asparagus, avocado, kubis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air.
  • ·         Keletihan, lemah badan.
  • ·         Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
  • ·         Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
  • ·         Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
  • ·         Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindak balas mental.


  • 3

  • B3-Niacin

  • ·         diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.
  • ·         penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak.
  • ·         Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.
  • ·         Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.

  • ·         didapati daripada hati lembu,
  • ·         ragi yang ditapai,
  • ·         kubis bunga,
  • ·         lobak merah,
  • ·         keju,
  • ·         tepung jagung,
  • ·         buah kurma,
  • ·         telur,
  • ·         ikan
  • ·         susu,
  • ·         kacang tanah,
  • ·         ubi kentang,
  • ·         tomato
  • ·         gandum, dan hasil gandum.
  •  
  • ·         Keletihan, lemah badan
  • ·         Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.

  • 4

  • B6-Pyridoxine Hydrochloride
  • ·         vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakan nutrien yang lain.
  • ·         Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental.
  • ·         Ia adalah perlu untuk proses ungkai bina dan penggunaan protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.
  • ·         membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium.
  • ·         perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi.
  • ·         Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
  • ·         Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi.

  • ·         Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi :
  • o   ragi yang ditapai,
  • o   lobak merah,
  • o   ayam ,
  • o   telur,
  • o   ikan,
  • o   daging,
  • o   kacang pis,
  • o   bayam,
  • o   biji bunga matahari
  • o   walnuts.
  • o   Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kubis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempeh

  • ·         Keletihan, lemah badan.
  • ·         Kegelisahan.
  • ·         Depressi ( rasa tertekan).
  • ·         Penyakit kulit.
  • ·         Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah
  • ·         Anemia
  • ·         Sawan pada bayi.


  • 5

  • Fotate (as asid folic) @ B9
  • ·         dianggap sebagai makanan otak,
  • ·         ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah.
  • ·         Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
  • ·         Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
  • ·         Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.
  • ·         Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
  • ·         Folic acid sangat penting dalam kehamilan.
  • ·         Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
  • ·         Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

  • ·         barli,
  • ·         daging lembu,
  • ·         bran,
  • ·         ragi yang ditapai,
  • ·         beras perang,
  • ·         keju,
  • ·         ayam,
  • ·         buah kurma,
  • ·         sayuran berdaun hijau, daging kambing,
  • ·         hati,
  • ·         susu,
  • ·         cendawan,
  • ·         oreng,
  • ·         sayuran berubi,
  • ·         ikan salmon,
  • ·         tuna,
  • ·         gandum, dan bijirin.
  • ·         Sakit di sekeliling mulut.
  • ·         Sakit lidah.
  • ·         Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • ·         Anemia.


  • 6

  • B12-cyanocobalamin
  • ·         diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran.
  • ·         Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini.
  • ·         Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.
  • ·         Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan.
  • ·         Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah.
  • ·         Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.
  • ·         ikan ,
  • ·         susu dan hasilnya ,
  • ·         telur,
  • ·         daging
  • ·         ayam/itik .
  • ·         Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians .
  • ·         Keletihan, lemah badan.
  • ·         Megaloblastic anaemia.
  • ·         Sakit mulut dan lidah.
  • ·         Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakan saraf tunjang.
  • ·         Gangguan mental dan emosi..

  • 7

  • Biotin
  • ·         membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain
  • ·         diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.
  • ·         memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat.
  • ·         ia menolong melegakan kesakitan otot.
  • ·         ragi yang ditapai,
  • ·         telor putih yang dimasak,
  • ·         daging,
  • ·         susu,
  • ·         ayam dan itik,
  • ·         ikan air masin,
  • ·         kacang soya, dan biji-bijian.
  • ·         Keletihan dan lemah badan.
  • ·         Kurang selera makan.
  • ·         Rambut gugur.
  • ·         Bengkak lidah
  • ·         Ruam kulit (eczema).
  • ·         Gangguan emosi.


  • 8

  • B5- pantothenic acid
  • ·         dikenali sebagai "vitamin anti-stress"
  • ·         berperanan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.
  • ·         Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu dalam organ badan.
  • ·         Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ".
  • ·         Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakan fungsi metabolisma.
  • ·         penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia.
  • ·         Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).
  • ·         daging lembu
  • ·         ragi yang ditapai,
  • ·         telor,
  • ·         sayuran segar,
  • ·         buah pinggang, hati,
  • ·         kulat,
  • ·         kacang,
  • ·         royal jelly,
  • ·         ikan air masin,
  • ·         torula ragi,
  • ·         tepung dibuat dari rair, dan gandum.
  • ·         Keletihan, lemah badan.
  • ·         Sakit kepala.
  • ·         Loya , muntah.
  • ·         Sakit abdomen
  • ·         Lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan.
  • ·         Kebas dan sesemut pada kaki.
  • ·         Kejang otot.
Wah..banyaknya makanan yang kita perlukan untuk mendapatkan vitamin b ini. Jangan risau............ dengan pengambilan b complex shaklee ini anda akan mendapat kesemua vitamin b penting yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

JOM ORDER DI SINI

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare

email : anmashealthcare@google.com


1 comment:

nRelate Posts Only