Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang....
Tajuk Puisi : Ku Mengharap Tetamu
Hati
Tatkala kehadirannya bakal menjelang
Ku fikirkan adakah umur masih panjang
untuk bertemu tetamu yang sentiasa di undang
bila sampai detik yang di rancang
Ku bersyukur dengan Kuasa Ilahi
kerana Ku masih di sini
menjadi penyambut tetamu yang
terlalu istimewa buat hati
untuk mendapat Rahmat Penghulu duniawi dan Ukhrawi
Saat melalui hari-hari bersama
tetamu istimewa
Hati senantiasa dijaga supaya
berwaspada
dari terleka dibawa arus keseronokan
dunia
mengharungi tingkat-tingkat ketetapanNya
Ku menjamu tetamu itu dengan Tadarus
Menghamparkan permaidani sutera tika
malam bertahajud
menyiramnya dengan air mata
keinsafan
mengharap supaya ia pulang dengan membawa permata
Ku singkap kenangan bersama tetamu
hati
Dengan lajunya air mata mengalir
tanpa henti
Bilakah lagi dapat bertemu tetamu
istimewa hati
Moga Allah memberkati
1:54 p.m
27 Julai 2013 = 18 Ramadhan 1434
penulis asal : Nur Liana binti Alias
Ku fikirkan adakah umur masih panjang
untuk bertemu tetamu yang sentiasa di undang
bila sampai detik yang di rancang