bulan yang berkah dan rahmat..
semoga ramadhan kali ini lebih baik...
sebut ramadhan pasti ramai yang terfikir menu
TAPI INGAT....JANGAN MEMBAZIR...
disini saya kongsikan CADANGAN MENU BERBUKA PUASA beserta RESEPI (SEBULAN)..
CADANGAN MENU BERBUKA PUASA
Menu:
1. Ayam
Panggang Bermadu
2. Udang
Masak Serai Wangi
3. Ikan
Siakap Kukus
4. Ikan
Masak Berlada
5. Ikan
Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam
Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri
Nenas
8. Mee
Hailam
9. Ketam
Bertelur
10. Ayam Kepak
Masak Minyak Bijan
11. Nehari
(Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan
Tiga Rasa
13. Ikan
Pari Lemas!!!!
14. Tandoori
Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi
Ayam Hakka
17. Mee
Rebus
18. Gulai
Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam
Golek Seri Pahang
20. Kari
Kepala Ikan
21. Black
Pepper Steak
22. Gulai
Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam
Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto
Ayam
25. Nasi
Paprik
26. Nasi
Dagang
27. Mee
Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai
nenas ikan kering orang utara
29. Ayam
Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori
Style
________________________________________
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak
ayam
1 senduk
besar minyak bijan
2 senduk
besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit
serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam
bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata.
Perapkan
semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas
________________________________________
Udang Masak
Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang
harimau - digoreng setengah masak
4 batang
serai
100 gm cili
kering
100 gm
bawang merah
100 gm cili
merah
70 gm bawang
putih
70 gm halia
muda
3 sudu besar
pati asam jawa
30 gm
belacan bakar
100 gm pati
santan
Garam dan
gula secukup rasa
Cara
memasak:
1. Kisar
halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia
muda.
2. Tumis
hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak
atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan
pati santan dan udang.
5. Masak
hingga naik bau.
atas
________________________________________
Ikan Siakap
Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan
siakap sederhana besar
3 sudu besar
sos tiram
2 susu besar
sos cili
2 susu besar
sos tomato
1 sudu gula
4cm halia -
dimayang
3 ulas
bawang putih - dimayang
3 ulas
bawang besar - dimayang
3 tangkai
daun sup(saderi)
1/2 biji
limau nipis
garam
secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan
dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka
manis).
2. Masukkan
ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang
ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus
selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau
diatasnya.
atas
________________________________________
Ikan Masak
Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor
ikan sembilang
10 biji cili
merah - dikisar
2 batang
serai - dititik
1 ulas
bawang besar - dimayang kasar
2 ulas
bawang putih - ditumbuk
1 inci halia
- ditumbuk
air limau kasturi
sedikit
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan
disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan
menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah
ditumbuk
tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar,
garam dan
gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan
ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
Masukkan
bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan
air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas
________________________________________
Ikan Kerapu
Masak Asam Manis
Bahan-bahan
A:
1 ekor ikan
kerapu
120gram
tepung jagung
1 biji telur
ayam
Sedikit
minyak
(untuk
goreng)
Garam
secukup rasa
Bahan-bahan
B:
5 ulas bawang
merah - dikisar
5 ulas
bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang
serai - dititik
1 helai daun
pandan
3 sudu cili
sos
1 sudu cili
giling
Sedikit
kunyit hidup
3 sudu
tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka
masak
Garam
secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan
bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk
sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah,
halia, daun
Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan
cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan
air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih.
Tuangkan ke
atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan
dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk
hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree
pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
Ayam Masak
Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor
ayam
8 keping
Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia
- dihiris
1 biji
bawang besar - dihiris
6 ulas
bawang putih - dicincang
4 ~ 5
tangkai cili padi
Sedikit
kicap lemak manis
Sedikit sos
tiram
Cara memasak:
1. Ayam
dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang
tangkainya
dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan
minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia
dan buang.
Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan
bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru
masukkan
ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan
kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam s
ebab sos
tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam
sedikit.
Kacau.
5. Selepas
tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah
mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya
pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15
minit).
atas
________________________________________
Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis
(Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit
serbuk kunyit
4 biji
bawang merah ]
2 biji
bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup
rasa
Lada
merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas
dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan
rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih,
bila naik
bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian
masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu
masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk
usahle sampai lunyai
pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg
mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji
bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah
ayam/udang/sotong
sos tiram
garam
secukup rasa
6 biji cili
api
3 sudu besar
tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis
bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan
bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah
garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan
sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian
masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan
sayur2 an dan mee.
atas
________________________________________
Ketam
Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam
yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos
tiram
3 sudu sos
cili
3 sudu cili
yang dah diblend
7 ulas
bawang merah
1 ulas
bawang putih yang agak besar
sepotong
halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit
minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
1. Tumbuk
cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan
air
3. MAsukkan
ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan
segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila
semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau
cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas
________________________________________
Ayam Kepak
Masak Minyak Bijan
Bahan
-bahan:
Beberapa
ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame
oil/Minyak bijan
Serbuk lada
hitam
Fish
sauce/Sos ikan
Bawang putih
5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan
ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan
(jgn banyak
sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris.
Perapkan lbh
kurang 1 jam.
2. Sejam
kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan
oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit
hendaklah
tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas
________________________________________
Nehari (Kari
Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca
besar garam masala
4 ulas
bawang putih dicincang halus
2 cm halia
dicincang halus sedikit garam
2 camca
kecil serbuk cili
1 camca
besar serbuk ketumbar
1/2 camca
kecil serbuk buah pala
1 camca
besar serbuk jintan kasar
1 camca
besar paparika
4 labu
bawang besar dihiris nipis
1kg daging
kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca
besar tomato puri
1/2 cawan
kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan
daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili
hijau dihiris
Minyak
Vesawit untuk menggoreng
Air
secukupnya
Garam
secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan
daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar.
Keluarkan
dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai
kuning dan
garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan
semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata
dan
dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan
air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun
ketumbar dan
cili hijau.
atas
________________________________________
Ikan Tiga
Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan
siakap / kerapu
sedikit
bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji
tomato (agak masak)
6 biji cili
merah
10 biji cili
padi
2 sudu sos
tiram
2 sudu sos
cili
1 sudu sos
tomato
sedikit
gula, garam
bhn utk
dikisar
Cara memasak:
1. Goreng
ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis
bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan
semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang
atas ikan
atas
________________________________________
Ikan Pari
Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian
ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh
bersih
- sediakan
besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan
ikan pari
tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya
tak koyak.
Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang
nak balut
ikan pari tu.
- letak ikan
pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji
bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji
bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang
serai di mayang halus
1 helai daun
limau purut di koyak empat
25 biji cili
padi di mayang halus
halia
sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili
besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar
minyak masak
2 sudu besar
sos minyak ikan
sedikit
ajinamoto
1/2 sudu
kecil garam
1/4 sudu
kecil gula
Bahan C:
10 biji
limau kasturi
Cara
memasak:
Campurkan
kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam
bahan A.
barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas.
biarkan
selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi.
lepas
tu kukus/bakar selama 20 minit
atas
________________________________________
Tandoori
Kurau
Bahan-bahan:
3 keping
ikan kurau
1 biji liamu
purut
1 sudu besar
halia (dicincang halus)
2 biji
bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar
yoghurt
1 sudu kecil
serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan
halus
Setangkai
daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan
lada hitam secukup rasa
2 sudu besar
minyak sapi
Cara:
1. Gaul
bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam
dalam
sebuah mangkuk.
2. Ikan
kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah
itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan
bersama roti atau nasi.
atas
________________________________________
Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4
ekor (dipotong kecil)
Daging - 250
gm (dipotong kecil)
Udang -
terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan
Halia
3 inci
Bawang merah
6 ulas
bawang putih
20 biji cili
api (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan
lain
Minyak masak
- 1/5 cawan
Serai - 6
btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah
- 2 btg (dipotong)
Bunga kubis
- 150 gram
Putik jagung
- 2 bungkus
Tomato - 3
biji (potong 4)
Bawang besar
- 3 biji (potong 4)
Daun limau
purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis
- ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang
saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk
(jika rasa
perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan -
dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa
- jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan
minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan
juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan
daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk.
Dalam proses
ini, sedikit air perlu !
4. ditambah,
hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging
telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak.
Tambahkan
air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk
tu.
6. Masukkan
udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan
lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun
limau purut.
Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin
anda telah
berpuas hati).
8. Masukkan
jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam
serta bahan
perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir
sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas
________________________________________
Nasi Ayam
Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
segar
Kicap cair
(Cap Camel)
Minyak
Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih
3 biji
1 ketul
kecil halia
Beras 2 tin
susu
1 sudu besar
garam
1 sudu kecil
Ajinamoto
Sedikit lada
putih
Cara memasak:
1. Rebus
ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk
paha
ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat
ditembusi.
2. Toskan
ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti
dengan
minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam
sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita
memotongnya.
Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus
ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk
terlalu
banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan
halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan
tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan
selepas setengah jam.
atas
________________________________________
Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee
kuning - celur
Bahan
sayuran:
50 sen
Taugeh - celur
Sedikit daun
sup - hiris nipis
Sedikit daun
bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping
tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili
hijau - dihiris nipis
Limau
nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus
- belah dua
Bahan-bahan
kuah:
Sedikit
minyak untuk menumis
4 sudu cili
kering yang di kisar
3 biji
bawang merah - kisar
3 sudu
lengkuas yang di kisar
4 batang
serai dikisar halus
2 biji
bawang putih - kisar
RM 3 udang
kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang
hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi
keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula
atau secukup rasa
garam
secukup rasa
Sedikit
ajinomoto
4 sudu sos
tomato
Air -
agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan
bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering
yang telah
di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan
udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan
keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam,
gula,
aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk
di hidang dan dimakan.....
atas
________________________________________
Gulai
Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan
kembung (dipotong dua)
1 ikat
taugeh kasar
1 cawan
tempoyak
1 batang
serai 10 biji cili padi
Serbuk
kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan
ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar
dan serai
yang telah dititik.
2. Tempoyak
dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan
serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan
taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
Ayam Golek
Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
(dibersihkan)
300 gm bawng
merah (dikisar halus)
5 cm halia
(dititik)
2 sudu besar
rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji
kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan
gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan
bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan
di dalam
kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang
kecil selama
20 minit.
2. Apabila
kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa
sehingga
ayam separuh masak.
3. Angkat
ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit.
semasa
dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila
masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas
________________________________________
Kari Kepala
Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala
ikan
50 gm bawang
merah
30 gm halia
(dikisar)
30 gm bawang
putih (dikisar)
50 gm cili
kering (dikisar)
50 gm
ketumbar
40 gm serbuk
jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk
lada putih
40 gm serbuk
kunyit
1 liter
santan kelapa
20 gm garam
10 biji
kacang bendi
6 biji
terung
Cara memasak:
1. Tumiskan
bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah
dicampurkan
dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau
sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan
pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan
pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas
________________________________________
Black Pepper
Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg
daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas
bawang merah
2 ulas
bawang putih
1/2 inci
halia
1 sudu teh
lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi
rasanya
kurang oomph!)
1 batang
lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan
kicap manis
1 cawan air
1 ulas
bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan
cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah
siap hiris,
tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah
tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh
tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh
gula atau secukup rasa
2 sudu besar
minyak masak
Cara memasak:
1. Daging
dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar
halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan
daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam
periuk yang
dalam.
4. Masak
atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak
kering dan
tambah air, jika perlu).
5. Sementara
daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Ulangi
langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila
daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya,
cendawan
butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak
atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini
enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak
Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan
kembung (dipotong dua)
1 ikat
taugeh kasar
1 cawan
tempoyak
1 batang
serai 10 biji cili padi
Serbuk
kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan
ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah
dikisar dan
serai yang telah dititik.
2. Tempoyak
dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan
serbuk kunyit dan garam
4. Apabila
mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
Asam Pedas
Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan
serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
melaka(sebelah
merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas
bawang merah
2 ulas
bawang putih
sebesar ibu
jari kaki belacan
kunyit hidup
sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam
jawa
cili yang
telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar
kerisik(kelapa goreng)
sedikit
halba
sedikit
halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam
secukup rasa
perasa
ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit
hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian
masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan
periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah
minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti
pahit.
halba untuk
naik bau wanginya.
5. Masukkan
bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan
cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin
tu)k
kacau sebati
masukkan kerisik.
7. Tumiskan
dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah
warna
sedikit merah hitam.
8. Setelah
garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak
mana /sesuai
ngan ikan.
9. Kacau
biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan
ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit
(usah
ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam
dan perasa.
Tips :
Masak asam
sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah
seimbang.Ikannya
mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah
bezanya
anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing
(jangan
sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas
________________________________________
Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam
di potong ikut suka
3 biji
bawang besar (potong 4)
5 ulas
bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia
(di mayang)
2 ketul sub
bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu
kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua
bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua
bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik
bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni
di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan)
minyak
ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah
kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau
wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan
daun Bawang
Di potong
dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik
cili api
2 bijik
limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas
bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk
cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan
dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan
nasi putih panas
1/2 kilo isi
ayam/daging
6 biji cili
api, dihiris
3 ulas
bawang merah, dimayang halus
2 ulas
bawang putih, dimayang
1/2 btg
serai dihiris
5 sudu sos
cili
2 sudu sos
tomato
1 sudu sos
tiram
3 btg kacang
panjang dipotong
2 sudu
bawang goreng
Garam
secukup rasa
sedikit
minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan
minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan,
masukkan
cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
selepas
menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan
garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih.
Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas
________________________________________
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan
beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan
santan pekat
4 cawan
santan cair
2 sudu besar
halba
10 ulas
bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas
bawang putih, mayang halus
1½ inci
halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan
gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan
air didalam periuk kukusan
2. Gaul
beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan
kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci
melebihi
paras bekas pengukus
4. Masukkan
beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga
beras masak
5. Keluarkan
beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa
masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat
(masuk
sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba.
Sesuaikan
gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah
dan sambal kelapa.
Gulai ikan
tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor
ikan tongkol sederhana besar
5 keping
asam gelugor
2 inci
halia, ditumbuk kasar
3 ulas
bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas
bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan
garam dan sesudu teh gula
Air untuk
merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat
dari satu biji kelapa
3 keping
asam gelugor
5 ulas
bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas
bawang putih, ditumbuk
1 inci
halia, ditumbuk
Satu peket
rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu
makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan
santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan
gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil
"manisan")
Garam
secukup rasa
Minyak untuk
menumis
Cara
memasak:
Rebus bahan
A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam,
kemudian
ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan
minyak di dalam periuk
Tumiskan
bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan
rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan
santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan
(ketepikan
sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan
santan pekat dan asam gelugor
Bila
mendidih masukkan gula merah
Masukkan
garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan
renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal
kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut
(sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan
gula kabung (manisan)
Sekeping
ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara
memasak:
Tumbuk semua
bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah
minyaknya.
Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan
nasi
dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan
dengan
sambal tumis dan acar timun.
atas
________________________________________
Mee Bandung
Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee
kuning
10 tangkai
cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu
bawang putih (diketuk)
5 biji
bawang merah
½ cawan
udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong
rendam,
rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan
udang hidup
1 cawan
daging rebus (dipotong nipis)
Sawi
(sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan
ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan
gula pasir
3 - 4 cawan
air rebusan daging
1 sudu makan
sos tiram
Telur ayam
(mengikut jumlah hidangan)
Garam
secukup rasa
Minyak untuk
menumis
Lain lain
perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh
dimasukkan
mengikut individual preference.
Daun sadri
& daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung
asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah
masukkan
tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan
keaslian
rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung
Muar
ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend
cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang
merah.
2. Pijarkan
sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan
bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan
sos tiram
5. Masukkan
udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air
rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk
menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah
"bancuh"
sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil
sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan
kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan
sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu
orang
makan
4. Masukkan
kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun
sup &
daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
atas
________________________________________
Gulai nenas
ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket
serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang
ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk
menumis
Cara memasak :
1. Ikan
talang direndam.
2. Rebus
nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga
hampir
kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang
tadi
biarkan mendidih.
3.
Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin
dari isi
ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang
merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah
garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau
sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan
boleh dimakan.
atas
________________________________________
Ayam Bercili
masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk
kunyit gaulkan
Sedikit
garam
6 biji
bawang kecil
3 ulas
bawang putihditumbuk lumat
sedikit
halia
4 sudu besar
biji ketumbar
1 sudu kecil
jintan manis di mesin halus
4 sudu besar
cili mesin/cili boh
2 asam
keping
Cara memasak:
1. Goreng
ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan
bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak
lebihan ayam
tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan
cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian
masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak
pekat
tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan
asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam
yang telah
digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas
________________________________________
Ayam Masak
Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
(ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili
api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci
kunyit hidup
2-3 batang
serai (dititik)
santan (dr
sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah
(utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk
cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1)
tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan
ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan
santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan
dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak
dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan
kecilkan api supaya ia cepat empuk.
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan
kecilkan api supaya ia cepat empuk.