>
Showing posts with label Tips Rumah. Show all posts
Showing posts with label Tips Rumah. Show all posts

Sunday, 19 October 2014

Tips Menggosok Pakaian

tips menggosok pakaian

Tips Mengosok Pakaian Agar Menjadi Lebih Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Hari ni saya nak kongsikan tips lagi...tapi hari ni bukan menyidai pakaian lagi..hari ni tips menggosok pakaian..ha..lepas baju dah kering kita nak gosoklah pulak kan :p

Saya yakin semua pembaca pernah mengosok baju. Biasanya, mengosok pakaian adalah sesuatu perkara yang tak ramai orang suka buat tetapi terpaksa buat untuk menjaga penampilan agar lebih kemas dan yakin.

Oleh itu, disini saya nak kongsikan serba sedikit tips atau info yang kita perlu tahu agar kerja mengosok pakaian menjadi lebih mudah.

menggosok pakaian
Contoh Jenis Seterika

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:


  • Menggosok baju untuk seminggu - Anda dinasihatkan menggosok baju untuk stok seminggu kerana ia bukan sahaja menjimatkan bil elektrik rumah anda malah menjimatkan tenaga atau masa anda di hari yang lain.
  • Memastikan papan seterika atau meja yang digunakan stabil - Kestabilan penting untuk memastikan keselesaan anda untuk menggosok pakain agar tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini
  • Menggosok pakaian yang hendak diseterika dengan tangan sebelum seterika - untuk memastikan pakaian dapat diseterika dengan sebaiknya tanpa gangguan kedutan dibahagian lapisan bawah pakaian.
  • Memastikan kepanasan seterika sesuai dengan fabrik pakaian - agar pakaian tidak rosak atau terbakar.
  • Menggunakan air untuk memudahkan - air dapat memudahkan proses menyerika terutama pada kedutan yang degil.
  • Menggunakan starch spray - menggunakan starch untuk pakaian yang sangat susah digosok seperti kain jenis cotton 
  • Seterika baju yang mempunyai manik dan corak yang timbul dalam keadaan baju terbalik atau disebelah dalam - Tujuan menterbalikkan baju atau menyerika disebelah dalam pakaian adalah untuk menjaga corak atau manik tersebut agar tidak rosak atau tercabut selain untuk menjaga seterika agar tidak calar dek manik. ;p

Ha...rasanya..tips-tips ini tak adalah sesusah mana kan? Selamat mencuba ;D


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 
Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com
Pengedar COD Sekitar Alor Setar

Saturday, 18 October 2014

Tips Menyidai Baju di Ampaian Dengan Betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni saya nak kongsikan cara atau tips untuk menyidai baju dengan betul di ampaian.. ;p
Saya yakin pembaca juga pernah sidai baju bukan? Tak kira lelaki atau perempuan..ha..jom kita lihat.. apakah cara menyidai baju di ampaian dengan betul ni...selama ni kita sidai baju macam mana ;p


Cara Menyidai Baju dengan Betul

Ha..sebenarnya cara kita nak sidai baju ni mestilah bergantung kepada ampaian yang kita ada, contohnya seperti: 
Ampaian Gantung Menggunakan penyangkut baju
Ampaian Sidai

Sebenarnya, ampaian mempunyai pelbagai jenis tetapi apa yang saya nak nyatakan disini adalah ampaian jenis sidai dan ampaian jenis menggantungkan baju dengan menggunakan penyangkut baju.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menyidai pakaian?

Sebelum saya menceritakan cara sidai baju mengikut jenis ampaian ini..saya nak kongsikan apakah antara yang kita perlu lakukan sebelum, ketika dan selepas menyidai baju.

1.Sebelum
  • Memastikan cuaca sesuai untuk menyidai baju di luar
  • Memastikan pakaian yang hendak disidai sudah dibasuh ;p
  • Memastikan ampaian anda berada dalam keadaan baik dan berada ditempat yang baik dan bukan di kawasan yang selalu menjadi tempat burung membuang najis dan sebagainya.
  • Sekiranya hari mendung atau redup anda dinasihatkan mengubah ampaian anda ke bahagian yang mempunyai bumbung sekiranya ampaian anda boleh digerakkan, tetapi sekiranya anda dinasihatkan menyidai pakaian anda ditempat yang mungkin dirasakan sesuai sekiranya anda tiada di rumah.
2. Ketika
  • Kibaskan pakaian anda dan pastikan tidak ada bahagian yang tergulung atau tergumpal terutamanya sekiranya anda membasuh pakaian anda dengan bantuan mesin basuh. ;D
  • Gunakan penyepit baju terutama ketika musim berangin untuk memastikan baju anda selamat daripada dibawa angin.
  • Pastikan semua baju yang anda sidai tersebut berada dalam keadaan berbalik untuk menjaga warna baju tersebut agar tidak cepat pudar
3. Selepas
  • Memastikan semua baju yang patut disidai telah di sidai.
  • Sentiasa peka dengan keadaan cuaca pada hari tersebut

Cara menyidai baju untuk ampaian menggunakan penyangkut baju ialah :

  • memastikan penyangkut baju mempunyai jarak yang sesuai untuk memudahkan proses pengeringan dek cahaya matahari

Cara menyidai baju untuk ampaian sidai

  • memastikan baju yang disidai tidak bertindan dengan baju yang lain dan mempunyai ruang.
  • memastikan baju dalam keadaan lurus atau cekang tidak di himpunkan ditengah atau ditepi. contoh seperti dlam gambar diatas :p (macam mana ya nak cakap)
Oklah..itulah sedikit sebanyak cara atau tips menyidai baju dengan betul versi saya ..:P
Selamat mencuba..untuk memastikan baju anda lebih selamat daripada warna yang pudar atau lambat kering...




"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 
Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

nRelate Posts Only