>

Tuesday 1 July 2014

Anda sakit sendi?

Sakit sendi?

Osteoartritis

set sakit sendi shaklee

Apakah itu Osteoartritis?
Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.

Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.

Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.

Sendi-Sendi Yang Terlibat
·         Sendi-sendi jari. - Mengakibatkan bonjolan di sendi-sendi hujung jari. Ia lebih kerap di kalangan kaum wanita yang mempunyai penyakit yang sama di kalangan ahli keluarga
·         Tulang belakang
·         Sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan kaki.

Faktor Faktor Risiko Osteoartritis
  •          Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  •          Obesiti (kegemukan).
  •          Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan jangkitan kuman.
  •          Kecederaan sendi.


Tanda-Tanda Osteoartritis
  •          Sakit pada sendi apabila digunakan atau digerakkan.
  •          Ketidakstabilan pada sendi.
  •         Pergerakan dan penggunaan sendi yang terhad.
  •         Bengkak sendi.
  •          Sendi berbunyi apabila digerakkan.


Dalam kes OA lutut, adalah penting untuk mengurangkan bebanan mekanikal ke atas sendi. Penurunan berat badan sangat perlu jika berat badan pesakit berlebihan dan pengukuhan otot (quadriceps strengthening) juga penting untuk merencatkan perkembangan OA lutut. Mendapatkan bantuan daripada pakar fisioterapi yang boleh memberi nasihat mengenai senaman otot dan alat perlindungan untuk lutut adalah berguna.

Kadang-kadang terdapat banyak cecair di dalam sendi. Bila ini berlaku, ia mungkin membantu pesakit sekiranya cecair itu dikeluarkan serta menyuntik sendi berkenaan dengan agen anti-inflamasi seperti triamcinolone. Suntikan-suntikan lain yang telah digunakan untuk OA lutut ialah yang mengandungi asid hyaluronic, (kaedah ini dipanggil viscosupplementation), sejenis bahan yang dikeluarkan secara semulajadi yang di dapati dalam cecair yang memang ada pada sendi. Viscosupplementation boleh melegakan kesakitan mekanikal berkaitan dengan OA lutut dalam sesetengah pesakit. Bagaimanapun rawatan ini terpaksa diulangi bila perlu kerana kesan baiknya tidak tetap.

Apakah Masalah Yang Mungkin Timbul Akibat Osteoartritis
  •        Gangguan fungsi sendi akan mengehadkan pergerakan pesakit. Ini mengakibatkan masalah kurang upaya.
  •          Kesulitan dalam melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bersila, menaiki tangga, mencangkung dan sebagainya.
  •          Hilang upaya untuk menjalani kehidupan harian dan terpaksa bergantung kepada orang lain.
  •          Tekanan mental dan kemurungan. 


Rawatan
Rawatan osteoartritis bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi agar fungsi sendi dapat dikekalkan atau dipertingkatkan.
·         
  •     Mengurangkan berat badan. Bukti saintifik menunjukkan pengurangan berat badan sebanyak 5 kg akan mengurangkan tekanan ke atas sendi lutut sebanyak 15-20kg.
  •          Pemulihan anggota dan cara kerja.
  •          Ubat-ubatan yang disarankan contohnya, ubat penahan sakit seperti paracetamol dan ubat “nonsteroidal anti-inflammatory drug” (NSAID).
  •          Suntikan di sendi jika diperlukan.
  •          Alat-alat bantuan pergerakan.
  •          Pembedahan ke atas sendi-sendi yang telah hilang fungsi untuk mengembalikan fungsi sendi dan menghilangkan kesakitan.


Dalam jangka masa beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa agen yang menunjukkan kemampuan bagi membantu membantutkan perkembangan OA sebaik sahaja ia bermula, terutama OA lutut. Glucosamine sulfate, chondroidin sulfate dan diacerin adalah agen-agen yang berupaya memberi kelegaan untuk OA lutut. Dalam beberapa kes, agen-agen ini mungkin memperlahankan perkembangan degradasi tulang rawan.

Walaubagaimanapun, tiada agen-agen yang kini ada dapat membina tulang rawan, dan patut digunakan sebagai tambahan dengan cara-cara yang tidak menggunakan ubat seperti mengurangkan berat badan dan senaman quadriceps.

Rawatan Fizikal
Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut. Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas amatlah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot quadriceps (otot lutut) pada bahagian hadapan peha adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk membantu anda mengurangkan beban atas sendi lutut.

Bagaimana Osteoartritis Dikesan
  •          Ujian darah
  •          X-ray
  •          Ultrasound
sumber: Dr Sendi Urat


Biasanya ubat-ubat atau suntikan hanyalah bersifat sementara. Oleh itu telah saya ingin mencadangkan kepada anda Set Sakit Sendi Shaklee yang terdiri daripada Join Health Tablet, Ostematrix dan Omega guard.

join health tablet, ostematrix dan omega guard

Set Sendi Shaklee ini mempunyai kesemua nutrisi yang diperlukan oleh sendi yang sihat iaitu : 

vitamin keperluan sendi

  •      Glokosamina-blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia
  •      Vitamin C-menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit RA & sendi yang radang.
  •      Omega 3- sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi
  •      Kalsium & Mineral-penting dalam membina sel tulang yang sihat
Mari kita lihat apakah kebaikan dan fungsi Set Sendi Shaklee :


  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang.
Dengan pengambilan Set Sendi Shaklee ini anda akan beransur pulih daripada sakit sendi ini dengan izin Allah.
Jom ambil set ini untuk bebas daripada sakit sendi. klik SINI untuk order.

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com





s






1 comment:

nRelate Posts Only