>

Saturday 8 November 2014

Adakah Anda Mempunyai Masalah Rendah Diri Atau Kurang Keyakinan Diri ?


yakin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya sikap kuang keyakinan diri ini merupakan sikap yang negatif dan perlu diubah kerana biasanya orang yang mempunyai sikap ini sukar untuk maju kehadapan untuk meningkatkan diri dek kerana sifat negatif ini yang membelenggu diri . 

Oleh itu..pada hari yang berbahagia ini saya ingin berkongsi bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah tersebut agar kita dapat menangani sikap tersebut dan lebih maju kehadpan :D

yakin pada dir
Yakin Pada Diri

Cara Atasi Kekurangan Diri 

  •  Lupakan Kekurangan Anda 

    Terimalah diri anda seadanya. Jika susuk tubuh anda rendah misalnya, ingat bahawa ramai manusia yang bertubuh kecil juga berjaya dalam hidup dan tidak semua manusia yang mempunyai ketinggian normal berjaya dalam hidup.

    Jadikanlah kekurangan diri anda sebagai kelebihan terutama jika ianya tiada pada orang lain. Percubaan untuk menutup kekurangan diri hanya akan membuatkan anda semakin terperonyok dengan sikap rendah diri anda.
      
  • Luaskan Pergaulan
Bergaullah dengan orang yang memiliki kepercayaan diri yang tinggi. Pelajarilah cara mereka menjalani kehidupan seharian, berkomunikasi dengan kenalan baru, menangani sesuatu masalah, mengatasi halangan dan sebagainya.

  • Rajin Bertanya
Tanamkan sikap rajin bertanya dan memulakan perbualan terutama pada kenalan baru. Jangan terlampau malu dan jangan khuatir jika orang tidak menjawab soalan anda atau bersangka bahawa pertanyaan anda adalah soalan bodoh.

  • Tingkatkan Penampilan Diri
Ambil perhatian pada penampilan diri anda sebelum keluar rumah. Elakkan memakai pakaian dan eksesori yang tidak sempurna seperti baju yang tidak bergosok, stokin berlubang, zip seluar yang rosak, tali pinggang lusuh, cermin mata yang sudah patah atau kasut yang bertapak haus.
Penampilan yang rapi boleh membantu anda meningkatkan kepercayaan diri dan anda juga akan berasa lebih yakin dan tidak malu bertemu sesiapa jua kerana anda sudah bersiap sedia dengan mantap.

  •  Kembangkan Kelebihan Anda
Anda mungkin tidak pandai berpidato, tetapi mungkin anda boleh menulis dengan baik. Maka carilah jalan untuk mengembangkan potensi anda sebagai seorang penulis. Sebagai contoh sekiranya anda boleh menulis dengan baik mulakanlah dengan menghantar rencana ke majalah atau akhbar yang kurang ternama terlebih dahulu. Lama-kelamaan anda boleh menghasilkan sebuah buku.

  • Sentiasa Bersikap Tenang
Kesalahan utama orang yang berasa rendah diri adalah kurang kawalan diri (self control) terutama jika berada dalam keadaan situasi yang tertekan dan terasing.
Menjadi gagap, cemas, jantung berdebar, tingkah laku serba tidaak kena, berkeringat didahi dan sejuk ditangan menunjukan seseorang itu berada dalam keadaan terekan.
Atasi kelemahan diatas dengan beberapa tip seperti membaca basmalah dan ta'awuz, memandang orang yang kita berkomunikasi dan menyusun percakapan dengan perlahan serta teratur dan sebagainya.

  • Singkirkan Imaginasi Negatif
Hilangkan pemikiran bahawa semua orang sedang memerhatikan gerak laku atau berfikir negatif terhadap anda. Insha Allah semuanya akan berjalan seperti biasa dan tidak seperti apa yang anda fikirkan. Semua hal negatif hanya ada dalam imaginasi dan kotak fikiran anda sahaja.

anda hebat
  • Cuba Sesuatu Yang Baru
Biasakan diri mencuba sesuatu yang baru yang akan membuka wawasan serta pandangan anda tentang kehidupan. Sasaranya adalah untuk memberi kita sebuah pemahaman bahawa tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini. Keterbatasan hanya suatu kesalahan dalam cara kita berfikir. Kita seharusnya tidak memiliki satu alasan pun untuk berasa merendah diri. 
 
 Oleh itu sesiapa yang masih mempunyai rasa kurang keyakinan diri dan rendah diri jom lakukan anjakan paradikma untuk meningkatkan diri kepada yang lebih baik :D

sumber: Majalah solusi isu 50


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar 

2 comments:

nRelate Posts Only