>

Sunday 16 November 2014

Ketahui Teori Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak


Sumber : Yahoo


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kajian ilmiah mendapati bahawa seorang bayi sebenarnya mula menyimpan bunyi dan perkataan didalam memori mereka seawal di dalam kandungan lagi. Bunyi yang mereka kerap dengar akan menjadi perkataan bermakna pada kanak-kanak. 

Oleh yang demikian, tindakan ramai ibu-ibu yang mendengarkan lagu-lagu dan ayat-ayat Al-quran sebenarnya bukan sahaja merangsang pergerakan bayi dalam kandungan tetapi memberi mereka perkataan yang tersimpan didalam memori mereka.

Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi sudah mula memahami 20-30 makna sesuatu perkataan. Kebolehan memahami apa yang ditutur atau diisyaratkan dikenali sebagai bahasa reseptif manakala keupayaan bercakap dikenali sebagai bahasa ekspresif. Biasanya keupayaan ini pada u ur bayi berada dalam lingkungan 12-13 bulan.

Teori Perkembangan Bahasa

Terdapat pelbagai teori yang cuba mengupas mengenai bagaimana kanak kanak mempelajari sesuatu bahasa antaranya ialah :

  • Teori Nativis
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky (1957), yang berpendapat bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai keupayaan berbahasa secra semulajadi yang dikenali sebagai LAD (language acquisition device atau bahagian dalam otak yang memudahkan penguasaan bahasa). Terdapat bahagian tertertu di bahagian otak yang memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.

Contohnya bahagian lobus temporal menerima bunyi bahasa, bahagian wernicke memproses bunyi tersebut dan bahagian broca mengeluarkan perkataan yang bermakna. Apabila kanak-kanak telah membina perbendaharaan kata, maka mereka dapat menguasai bahasa. Teori ini menekankan bahawa perbendaharaan kata dan  boleh dilakukan melalui aktiviti bercerita, soaljawab, menyanyi, perbualan dan sebagainya.

  • Teori Behaviourisme
Mengikut teori ini, yang dicadangkan oleh Skinner kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan dan pengukuhan. Kanak-kanak akan meniru bahasa yang didengari daripada persekitaran mereka. Tindak balas positif seperti perhatian dan perbulan daripada orang biasa akan menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap dan meningkatkan penguasaan bahasa mereka
    
Itu sahajalah perkongsian saya untuk hari ini, dan jom baca entry saya mengenai kanak-kanak yang lain pula :D 

Rujukan: Buku Model Pendidikan Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara  

 

Berminat hendak menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

nRelate Posts Only