>

Thursday 13 November 2014

Ketahui Teknik-Teknik Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak


Gambar Hiasan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan satu tajuk yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak secara ringkasnya iaitu Teknik-Teknik Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Teknik-Teknik Membimbing Tingkah Laku

Teknik-teknik positif positif sangat penting dalam membimbing dan mengasuh kanak-kanak. Teknik ini telah pun digunakan dan diamalkan oleh islam sejak 1400 tahun dulu. Barat juga menggunakan kaedah seperti ini dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini menunjukkan teknik-teknik positif ini sangat bagus kerana telah digunakan sejak azali lagi.

Berikut merupakan antara teknik-teknik positif untuk memuji, mendorong dan memberi ganjaran pada kanak-kanak.
  • Memuji secara spesifik dan memberi ganjaran semasa kanak-kanak sedang melakukan sesuatu. Contohnya seperti "Cikgu suka kamu dah kemaskan mainan kamu" bukan secara umum seperti " Bagus semua rajin"
  • Apabila kanak-kanak melakukan perkara betul dan melakukan kesalahan pada masa yang sama fokuskan kepada perkara yang betul atau baik yang mereka lakukan. Contohnya kanak-kanak telah siapkan lukisan dan membantu mengemaskan meja lukisan dan tertumpahkan air bancuhan warna. Ibu bapa atau pengsuh seharusnya melihat bahawa perkara baik yang dilakukan iaitu telah menyiapkan kerja dan membantu mengemas bukan terus memarahi tetapi kerana tumpahkan air. Ajak sama-sama membersihkan air yang tumpah.

kanak-kanak mewarna
Gambar Hiasan

  • Memberikan pujian kepada perbuatan atau tindakan bukan personal. Hal ini lebih kepada pendidik atau pengasuh , Contohny "Cikgu suka lukisan kucing kamu ni, sangat comel." Bukannya "Aina pandai lukis kucinglah". Keadaan ini sepatutnya pendidik sepatutnya memberi fokus kepada lukisan Aina bukannya Aina. Perbuatan memuji pada individu boleh menyebabkan kanak-kanak lain akan merasa cemburu.
  • Menggunakan analogi atau perumpamaan yang betul untuk melatih mereka berfikir. Contohnya "Rumah ini kecil macam rumah semut. Apakata kamu buat rumah besar sikit macam rumah Giant " bukannya " kecik sangat rumah ni cikgu tak nampak, cubalah buat besar skit"
  • Banyakkan ganjaran dalam bentuk pujian dan dorongan berbanding ganjaran yang berbentuk material. Walaubagaimana pun sesekali bolehlah diberikan ganjaran meterial tetapi bukan selalu.
  • Memberikan ganjaran setimpal dengan usaha kanak-kanak. Contohnya di tadika biasanya ada "Good Board" jadi bila ada kanak-kanak yang berkelakuan baik pendidik akan lekatkan bintang pada nama mereka. Sebagi contoh, harini cikgu tengok Amir susun kasut dan simpan mainan. Cikgu suka. Jadi cikgu berikan dua bintang, Ana pula susun buku, susun kerusi dan hantar pinggan ke dalam besen, jadi cikgu bagi tiga bintang. Jika Amir tanya kenapa dia dapat dua dan Ana tiga , Pendidik perlu menjelasakan Ana buat tiga perkara baik. Oleh yang demikian ia boleh menjadi dorongan kepada amir untuk membuat lebih lain kali tanpa disuruh.
Rujukan: Buku Model Pendidikan Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara  



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

nRelate Posts Only