>

Wednesday 12 November 2014

Ketahui Teori Tingkah Laku Kanak-Kanak


tingkah laku kanak-kanak
Gamabar Hiasan


Assalamualaikum dan dalam Salam Sejahtera.



Hari ni saya nak kongsikan beberapa teori tingkah laku kanak-kanak. Bagaimana tingkah laku kanak-kanak atau peribadi mereka terbentuk.


Teori Tingkah laku Kanak-kanak



  • Teori Pembelajaran Sosial
Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan meniru tingkah laku orang dewasa atau orang yang mereka jumpa. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendengar perkataan yang tidak baik , mereka juga akan menirunya. Begitu juga sebaliknya, kanak-kanak yang sering mendengarkan perkara yang baik-baik dan melihat perbuatan yang baik akan terdorong untuk melakukan perkara yang baik juga.

Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa atau pengasuh anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak kerena mereka merupakan penyerap yang baik. Elakkan perbuatan menjerit-jerit kerana mereka akan meniru kembali dan perlu diingatkan ibu bapa atau pengasuh merupakan model tingkah laku kanak-kanak.




  •  Teori Tingkah Laku
Teori ini mengatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan ini adalah seperti perhatian yang mereka dapat samada positif atau negatif. Pengukuhan positif adalah pengukuhan pada tingkah laku positif dalam bentuk pujian atau perhatian pada tingkah laku yang baik. Pengukuhan negatif pula adalah memberi perhatian pada perbuatan negatif seperti memanjat atau membaling mainan lalu memanggil nama kanak-kanak tersebut, memberi perhatian atau memarahinya.

Ibu bapa atau pengasuh perlu memberikan lebih banyak pengukuhan terhadap tingkah laku yang positif berbanding negatif. Biasanya, kanak-kanak yang bertingkahlaku yang baik sering dibiarkan berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Oleh itu, pendidik perlulah sering memberikan pujian kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik supaya mereka tau bahawa kelakuan seperti itu yang baik dan sekiranya ada kanak-kanak yang membuat salah jangan hanya marah-marah sahaja anda sepatutnya menjelaskan kenapa tingkah laku tersebut tidak baik dan tidak boleh dilakukan supaya mereka faham kenapa perbuatan seperti itu tidk patut dilakukan.



  •  Teori Self-fulfilling Prophech
Teori ini menyatakan bahawa tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Jika kita sering melabel kanak-kanak sebagai nakal maka kanak-kanak tersebut akan menjadi nakal dan sebaliknya.


  • Pandangan Imam Ghazali
Mangikut pandangan Imam Ghazali, kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan memerhati dan meniru seterusnya ia akan menjadikan sebagai satu tabiat. Pendidik perlu menunjukkan contoh yang baik dan perlu menasihatkan kanak-kanak. Pandangan ini hampir sama dengan pandangan sosial.

Imam Ghazali juga memberi penekanan pada pengukuhan positif yang mana kanak-kanak perlu dipuji jika melakukan perbuatan yang baik. Selain dari pengukuhan positif beliau juga menekankan kepada hukuman yang setimpal dengan umur dan tahap perkembangan kanak-kanak.




Oleh itu, untuk memastikan anak-anak kita berkelakuan yang baik kita sebagai seorang ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang selayaknya dan menyantuni mereka supaya mereka akan meniru sifat yang baik sehingga menjadi tabiat supaya mudah kita hendak mendidik merekah kearah yang dikehendaki Allah.


Gambar : Sumber google sekadar hiasan
rujukan: Buku Model Pendidikan Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara  

Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

nRelate Posts Only