>
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Hujung Minggu Penat Sental Kasut Sekolah Anak?


kasut sekolah
Kasut Sekolah Yang Belum Dicuci


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya ramaikan terutama ibu-ibu diluar sana dan mungkin yang sedang membaca tulisan saya ni setiap kali hujung minggu penat sental kasut sekolah anak-anak. 

Kalau anak dah besar mungkin boleh minta tolong mereka sendiri basuhkan kasut sendiri tetapi anak-anak yang baru mula bersekolah pada tahun satu (darjah1) terutamanya pastinya ibu yang tolong basuhkan kasut mereka yang biasanya seperti belacan apabila sudah sampai hari terakhir persekolahan pada minggu tersebut.

Ha..Hari ni saya nak kongsikan satu "Rahsia Mencuci Kasut Sekolah Semudah ABC". Setelah ibu-ibu mengetahui caranya pastinya kerja-kerja mencuci akan menjadi lebih mudah tidak penat berfikir mengenai kasut anak seperti belacan lagi.

Rahsia Mencuci Kasut Anak Semudah ABC

Apakah rahsia mudah mencuci kasut anak tanpa sentalan-sentalan yang memenatkan?

Ha disini saya nak kongsikan dengan anda pencuci serbaguna shaklee.

jeng...jeng..jeng..

basic h pencuci serbaguna terbaik
Basic H Shaklee
 
Ha..inilah rahsianya tau..pencuci serbaguna shaklee ni macam-macam boleh cuci tau.. dengan bahannya yang menggunakan bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia berbahaya menjadikan selamat digunakan dimana-mana dan pada bila-bila masa. 

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut jom baca lebih lanjut mengenai basic H 

Testimoni Mencuci Kasut Semudah ABC


Seperti yang dijanjikan..jom kita lihat testimoni Basic H membantu ibu-ibu mencuci kasut anak dengan lebih mudah :D

kerja-kerja mencuci kasut sekolah menjadi mudah
Testimoni Basic H Mencuci Kasut Sekolah
 

Ha best kan, tengok kasut anak yang kita basuh macam baru je. Cara-caranya sangat mudah dengan menggunakan Basic H ini untuk mencuci kasut anak-anak anda. 

Hanya dengan beberapa titisan sahaja sangat membantu membersihkan kasut sekolah anak anda yang macam belacan dek kotoran. Sangat menjimatkan.


hasil cucian pencuci ajaib
Hasil Selepas Dicuci Dengan Basic H


Jom dapatkan pencuci serbaguna anda yang bebas toksid ini dengan klik gambar dibawah


beli barang

atau hubungi saya seperti maklumat yang tertera dibawah serta untuk mendapatkan konsultasi secara percuma :D



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.



# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-


Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com




=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DAN LEBIH LAGI DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=============================================================

Thursday, 8 January 2015

Terapi Kanak-Kanak Hyperaktif ?



hyperaktif
Sumber Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hyperaktif ? Hyperaktif ini biasanya berlaku pada kanak-kanak yang sedang membesar dan akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia mereka.

Kanak-kanak hyperaktif ini biasanya suka melompat, suka sepahkan dan melawan, hilang fokus, keras kepala dan sering cakap sendirian. Sekiranya anak-anak anda mempunyai simtom ini rujuklah segera permasalahan ini kepada pakar.

Harini saya nak kongsikan apa yang saya peroleh daripada pembacaan saya mengenai "Terapi Anak Hyperaktif" daripada Majalah Keluarga Harmoni (Bil:235) :D

Terapi Anak Hyperaktif

Sekiranya anak anda menghadapi simtop ADHD atau Hyperaktif ini janganlah anda bekecil hati kerana Hyperaktif ini bukan seperti penyakit serius-serius yang lain. 

Jika kena gaya serta mempraktikkan teknik-teknik yang disarankan pakar, tidak mustahil anak anda akan kembali normal semula.

Mengikut laporan potral www.parenting.com, perilaku luar kawal kanak-kanak ADHD mungkin dapat dikurangkan jika mereka didedahkan dengan aktiviti luar. Kini ramai ibu bapa mengakui keberkesanan terhadap anak mereka setelah menggunakan kaedah ini.

Antara aktiviti Luar yang dimaksudkan yang berkemungkinan boleh membantu anak-anak kembali pulih seperti sedia kala adalah :

  • Terapi Sukan
Kanak-kanak yang menghidapi simtom ADHD selalunya kurang menggemari aktiviti luar rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu pandai berperanan demi kebaikan anak-anak anda seperti menggunakan teknik "pemujukan". Untuk permulaan anda boleh dedahkan kepada mereka aktiviti yang meningkatkan stamina seperti berbasikal, bola sepak olahraga dan sebagainya.

  • Terapi Muzik 
Berdasarkan fakta, muzik merupakan satu terapi yang boleh menenangkan jiwa setiap individu yang mendengarnya. Hal ini turut dirasai oleh kanak-kanak ADHD. Oleh itu, dedahkanlah anak-anak anda dengan kemahiran untuk bermain bermain alat muzik. Ini kerana, aktiviti seumpama ini membantu perkembangan otak kanak dan kiri mereka sepaya lebih efektif, daya tumpuan yang tinggi dan mempunyai daya ingatan yang kuat. 
Bagi yang beragama islam anda digalakkan selalu mendengarkan ayat-ayat al-quran kepada anak-anak anda dan ajar mereka menghafal surah-surah pendek sebagai permulaan. Hal ini juga boleh membantu kanak-kanak ini.

  • Terapi Drama
Terapi drama ini salah satu terapi yang bagus untuk membina sahsiah diri anak-anak yang mengalami simtom ADHD. Mengapa terapi ini dikatakan bagus? Banyak kebaikan yang akan dapat diperoleh oleh mereka seperti menjadi orang yang berdisiplin, positif, yakin, daya ingatan dan semangat kejjasama serta banyak lagi.

  • Terapi Debat
Debat juga dikatakan seperti terapi drama yang boleh membantu mengasah kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan lebih baik. Penglibatan mereka dalam aktiviti ini juga dapat membentuk semangat keberanian untuk tampil lebih ke hadapan dan membina keyakinan diri.
Sumber Rujukan: Majalah Harmoni (Bil 235) 15 sep '14 m/s71.


Anda Mungkin Meminati:



eh..nanti dulu..sempena bulan Januari 2015 ini Shaklee telah membuat promosi keatas produk Alfafa, Vivix dan Vita-Lea untuk kanak-kanak.


untuk keterangan lanjut jom klik link:
Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.



# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-


Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com




=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 2-3-4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=========================================================================

Sunday, 21 December 2014

Anak Anda Tak Mahu Makan?


kurang selera makan
Sumber Googgle



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anak Anda Kurang Selera Makan? Seorang ibu mana yang tidak risaukan anaknya yang kurang selera makan. Biasanya kanak-kanak yang kurang selera makan ini mereka kurus dan wajah kurang bermaya. Kanak-kanak yang sedang mengalami tumbesaran sememangnya perlu makan untuk mendapatkan nutrien yang lengkap. 

Nutrisi yang lengkap diawal perkembangan kanak-kanak adalah sangat penting untuk perkembangan jangka panjang kanak-kanak. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlulah memastikan anak anda mengambil makanan yang berkhasiat dan mempunyai nutrisi tang lengkap di awal perkambangan anak-anak anda.

Apa kata doktor Mengenai Anak Yang Tidak Mahu Makan ?


Saya ada membaca jawapan Dr Zubaidi kepada soalan seorang ibu risau tentang anaknya yang berumur 1 tahun 6 bulan yang sukar untuk makan sehingga sekiranya lapar pun hanya makan dua hingga suap sahaja. Sekiranya kita berada  di tempat ibu tersebut pasti kita juga akan berada dalam kerisauan.


Jawapan doktor mengenai soalan ibu risau ini, Dr Zubaidi mengatakan masalah anak sukar untuk makan agak biasa pada umur sekitar setahun.

Banyak punca anak anda mempunyai masalah ini. Sekiranya anak anda sihat dan telah mendapat pemeriksaan doktor, maka ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah sukar makan ini.
 


10 Langkah Mengatasi Masalah Anak Sukar Makan - Dr Zubaidi

1. Kebiasaannya kanak-kanak suka memilih makanan.  Mereka akan memilih makanan yang mereka sahaja pada kebiasaannya.

Oleh itu, janganlah memaksa anak anda mencuba makanan baru, sentiasalah menyediakan makanan kegemaranya disamping memastikan makanan itu berkhasiat.


2. Jangan cuba memujuk anak anda makan dengan menjanjikan sesuatu jika mereka dapat menghabiskan makanan. Biasanya ada segelintir ibu bapa yang menjanjikan makanan yang tidak sihat seperti gula-gula atau coklat. Langkah ini sebenarnya salah, kerana anak-anak anda akan lebih gemar kepada makanan kurang berkhasiat yang dijanjikan. 

Hal ini akan menyebabkan mereka akan menjadi semakin minat kepada makanan yang tidak berkhasiat.


3. Hiaskan makanan dengan warna-warna yang terang seperti meletakkan lobak merah pada sayuran bewarna lain agar makanan yang disediakan kelihatan menarik dan sedap.


4. Galakkan anda untuk makan lebih banyak. Sekiranya anak anda tidak dapat menghabiskan makanan, jangan paksa dengan memarahi atau merungut. Jangan sesekali menunjukkan wajah yang marah atau risau apabila mereka tidak dapat menghabiskan makanan kerana ada kalanya mereka sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian ibubapa.


5. Mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada mereka supa mereka tidak bosan. Contohnya seperti roti atau biskut serta buah-buahan.


6. Sekiranya anak anda masih tidak mahu makan nasi pada masa yang biasa dihidangkan, jangan paksa. Berikan makanan selain nasi dengan lebih banyak asalkan makanan tersebut berkhasiat setelah beberapa jam kemudian.


7. Ketika anda sedang menyediakan makanan, beritahu anak anda bahawa hidangan sedang disediakan sekurang-kurangnya 15 minit awal untuk membina selera terutama sekali sekiranya mereka sedang leka bermain.


8. Pilih masa makan yang tetap kerana ini membantu kanak-kanak menjadi lebih mudah lapar apabila waktu yang ditetapkan tiba.


9. Makan bersama ahli keluarga yang lain dan jadikan sebagai waktu makan yang ceria bersama keluarga. Biasanya makan bersenderian akan mengurangkan selera mereka.


10. Jangan bertelagah dan marah-marah ketika makan. Jadikan suasana makan sebagai suasana yang santai dan mengembirakan.

Cadangan Supplemen Shaklee Untuk Mengatasi Masalah Anak Kurang Selera Makan


Untuk mengatasi masalah anak yang kurang selera makan atau tak suka makan ini saya mencadangkan:




    • Mempunyai nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis mineral dan vitamin.
    • Kaya dengan protein yang boleh membantu menyihatkan sel
    • Mempunyai selenium sebagai antioksida
    • Mengandungi asid folik,biotin, kalsium dan magnasium

Selain tu anda juga boleh tambahkan Chewable Vita-C Plus Shaklee atau Omega Guard Shaklee untuk tingkatkan imunisasi serta makanan tambahan yang baik perkembangan untuk otak anak anda.


Antara Testimoni

anak tak mahu makan


anak tak mahu makan

tambah selera makan dan kuatkan antibodi



Anda mungkin meminati :



Ha..Meal Shake ni sangat bagus untuk kesihatan anak anda..sebab semua nutrisi yang anak anda perlukan ada dalam Meal Shakes Shaklee ni..
Meal Shake ini juga mempunyai 11 jenis mineral, 9 jenis asid amino, sumber fiber & protein yang terbaik, kaya dengan kalsium, dan indeks glisemik yang rendah. 
jadi...

Jom dapatkan Meal Shakes Shaklee untuk si comel anda..
dengan klin gambar dibawah atau hubungi saya seperti maklumat yang tertera dibawah untuk Beli Meal Shake Shaklee kepada si comel anda 

mealshake


eh..nanti dulu..sempena bualan disember 2014 ini Shaklee telah membuat promosi keatas produk Vitamin c dan Vitamin E serta Shaklee Collagen Powder


kolagen


untuk keterangan lanjut jom klik link:
Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.




# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-


Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com
=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=========================================================================

Sunday, 16 November 2014

Ketahui Teori Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak


Sumber : Yahoo


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kajian ilmiah mendapati bahawa seorang bayi sebenarnya mula menyimpan bunyi dan perkataan didalam memori mereka seawal di dalam kandungan lagi. Bunyi yang mereka kerap dengar akan menjadi perkataan bermakna pada kanak-kanak. 

Oleh yang demikian, tindakan ramai ibu-ibu yang mendengarkan lagu-lagu dan ayat-ayat Al-quran sebenarnya bukan sahaja merangsang pergerakan bayi dalam kandungan tetapi memberi mereka perkataan yang tersimpan didalam memori mereka.

Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi sudah mula memahami 20-30 makna sesuatu perkataan. Kebolehan memahami apa yang ditutur atau diisyaratkan dikenali sebagai bahasa reseptif manakala keupayaan bercakap dikenali sebagai bahasa ekspresif. Biasanya keupayaan ini pada u ur bayi berada dalam lingkungan 12-13 bulan.

Teori Perkembangan Bahasa

Terdapat pelbagai teori yang cuba mengupas mengenai bagaimana kanak kanak mempelajari sesuatu bahasa antaranya ialah :

  • Teori Nativis
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky (1957), yang berpendapat bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai keupayaan berbahasa secra semulajadi yang dikenali sebagai LAD (language acquisition device atau bahagian dalam otak yang memudahkan penguasaan bahasa). Terdapat bahagian tertertu di bahagian otak yang memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.

Contohnya bahagian lobus temporal menerima bunyi bahasa, bahagian wernicke memproses bunyi tersebut dan bahagian broca mengeluarkan perkataan yang bermakna. Apabila kanak-kanak telah membina perbendaharaan kata, maka mereka dapat menguasai bahasa. Teori ini menekankan bahawa perbendaharaan kata dan  boleh dilakukan melalui aktiviti bercerita, soaljawab, menyanyi, perbualan dan sebagainya.

  • Teori Behaviourisme
Mengikut teori ini, yang dicadangkan oleh Skinner kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan dan pengukuhan. Kanak-kanak akan meniru bahasa yang didengari daripada persekitaran mereka. Tindak balas positif seperti perhatian dan perbulan daripada orang biasa akan menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap dan meningkatkan penguasaan bahasa mereka
    
Itu sahajalah perkongsian saya untuk hari ini, dan jom baca entry saya mengenai kanak-kanak yang lain pula :D 

Rujukan: Buku Model Pendidikan Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara  

 

Berminat hendak menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

Thursday, 13 November 2014

Ketahui Teknik-Teknik Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak


Gambar Hiasan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan satu tajuk yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak secara ringkasnya iaitu Teknik-Teknik Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Teknik-Teknik Membimbing Tingkah Laku

Teknik-teknik positif positif sangat penting dalam membimbing dan mengasuh kanak-kanak. Teknik ini telah pun digunakan dan diamalkan oleh islam sejak 1400 tahun dulu. Barat juga menggunakan kaedah seperti ini dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini menunjukkan teknik-teknik positif ini sangat bagus kerana telah digunakan sejak azali lagi.

Berikut merupakan antara teknik-teknik positif untuk memuji, mendorong dan memberi ganjaran pada kanak-kanak.
  • Memuji secara spesifik dan memberi ganjaran semasa kanak-kanak sedang melakukan sesuatu. Contohnya seperti "Cikgu suka kamu dah kemaskan mainan kamu" bukan secara umum seperti " Bagus semua rajin"
  • Apabila kanak-kanak melakukan perkara betul dan melakukan kesalahan pada masa yang sama fokuskan kepada perkara yang betul atau baik yang mereka lakukan. Contohnya kanak-kanak telah siapkan lukisan dan membantu mengemaskan meja lukisan dan tertumpahkan air bancuhan warna. Ibu bapa atau pengsuh seharusnya melihat bahawa perkara baik yang dilakukan iaitu telah menyiapkan kerja dan membantu mengemas bukan terus memarahi tetapi kerana tumpahkan air. Ajak sama-sama membersihkan air yang tumpah.

kanak-kanak mewarna
Gambar Hiasan

  • Memberikan pujian kepada perbuatan atau tindakan bukan personal. Hal ini lebih kepada pendidik atau pengasuh , Contohny "Cikgu suka lukisan kucing kamu ni, sangat comel." Bukannya "Aina pandai lukis kucinglah". Keadaan ini sepatutnya pendidik sepatutnya memberi fokus kepada lukisan Aina bukannya Aina. Perbuatan memuji pada individu boleh menyebabkan kanak-kanak lain akan merasa cemburu.
  • Menggunakan analogi atau perumpamaan yang betul untuk melatih mereka berfikir. Contohnya "Rumah ini kecil macam rumah semut. Apakata kamu buat rumah besar sikit macam rumah Giant " bukannya " kecik sangat rumah ni cikgu tak nampak, cubalah buat besar skit"
  • Banyakkan ganjaran dalam bentuk pujian dan dorongan berbanding ganjaran yang berbentuk material. Walaubagaimana pun sesekali bolehlah diberikan ganjaran meterial tetapi bukan selalu.
  • Memberikan ganjaran setimpal dengan usaha kanak-kanak. Contohnya di tadika biasanya ada "Good Board" jadi bila ada kanak-kanak yang berkelakuan baik pendidik akan lekatkan bintang pada nama mereka. Sebagi contoh, harini cikgu tengok Amir susun kasut dan simpan mainan. Cikgu suka. Jadi cikgu berikan dua bintang, Ana pula susun buku, susun kerusi dan hantar pinggan ke dalam besen, jadi cikgu bagi tiga bintang. Jika Amir tanya kenapa dia dapat dua dan Ana tiga , Pendidik perlu menjelasakan Ana buat tiga perkara baik. Oleh yang demikian ia boleh menjadi dorongan kepada amir untuk membuat lebih lain kali tanpa disuruh.
Rujukan: Buku Model Pendidikan Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara  



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

Wednesday, 12 November 2014

Ketahui Teori Tingkah Laku Kanak-Kanak


tingkah laku kanak-kanak
Gamabar Hiasan


Assalamualaikum dan dalam Salam Sejahtera.



Hari ni saya nak kongsikan beberapa teori tingkah laku kanak-kanak. Bagaimana tingkah laku kanak-kanak atau peribadi mereka terbentuk.


Teori Tingkah laku Kanak-kanak



  • Teori Pembelajaran Sosial
Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan meniru tingkah laku orang dewasa atau orang yang mereka jumpa. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendengar perkataan yang tidak baik , mereka juga akan menirunya. Begitu juga sebaliknya, kanak-kanak yang sering mendengarkan perkara yang baik-baik dan melihat perbuatan yang baik akan terdorong untuk melakukan perkara yang baik juga.

Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa atau pengasuh anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak kerena mereka merupakan penyerap yang baik. Elakkan perbuatan menjerit-jerit kerana mereka akan meniru kembali dan perlu diingatkan ibu bapa atau pengasuh merupakan model tingkah laku kanak-kanak.




  •  Teori Tingkah Laku
Teori ini mengatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan ini adalah seperti perhatian yang mereka dapat samada positif atau negatif. Pengukuhan positif adalah pengukuhan pada tingkah laku positif dalam bentuk pujian atau perhatian pada tingkah laku yang baik. Pengukuhan negatif pula adalah memberi perhatian pada perbuatan negatif seperti memanjat atau membaling mainan lalu memanggil nama kanak-kanak tersebut, memberi perhatian atau memarahinya.

Ibu bapa atau pengasuh perlu memberikan lebih banyak pengukuhan terhadap tingkah laku yang positif berbanding negatif. Biasanya, kanak-kanak yang bertingkahlaku yang baik sering dibiarkan berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Oleh itu, pendidik perlulah sering memberikan pujian kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik supaya mereka tau bahawa kelakuan seperti itu yang baik dan sekiranya ada kanak-kanak yang membuat salah jangan hanya marah-marah sahaja anda sepatutnya menjelaskan kenapa tingkah laku tersebut tidak baik dan tidak boleh dilakukan supaya mereka faham kenapa perbuatan seperti itu tidk patut dilakukan.



  •  Teori Self-fulfilling Prophech
Teori ini menyatakan bahawa tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Jika kita sering melabel kanak-kanak sebagai nakal maka kanak-kanak tersebut akan menjadi nakal dan sebaliknya.


  • Pandangan Imam Ghazali
Mangikut pandangan Imam Ghazali, kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan memerhati dan meniru seterusnya ia akan menjadikan sebagai satu tabiat. Pendidik perlu menunjukkan contoh yang baik dan perlu menasihatkan kanak-kanak. Pandangan ini hampir sama dengan pandangan sosial.

Imam Ghazali juga memberi penekanan pada pengukuhan positif yang mana kanak-kanak perlu dipuji jika melakukan perbuatan yang baik. Selain dari pengukuhan positif beliau juga menekankan kepada hukuman yang setimpal dengan umur dan tahap perkembangan kanak-kanak.




Oleh itu, untuk memastikan anak-anak kita berkelakuan yang baik kita sebagai seorang ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang selayaknya dan menyantuni mereka supaya mereka akan meniru sifat yang baik sehingga menjadi tabiat supaya mudah kita hendak mendidik merekah kearah yang dikehendaki Allah.


Gambar : Sumber google sekadar hiasan
rujukan: Buku Model Pendidikan Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara  

Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

Tuesday, 11 November 2014

Urutan Bayi Menggalakkan Perkembangan Minda Bayi ?


Sumber: Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan urutan bayi yang sememangnya banyak manfaatnya..bukan sahaja kepada bayi malah kepada ibu bapa itu sendiri. Urutan penuh kasih sayang ini bukan sahaja menggalakkan perkembangan minda bayi sebenarnya malah mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak :D

Urutan Bayi 

Urutan bayi ini boleh dijadikan rutin untuk diamalkan pada bayi seawal baru lahir sehingga enam bulan. Proses urutan ini hendaklah dilakukan dengan belaian sentuhan yang lembut. Urutan ini amat penting untuk perkembangan emosi (memberi ketenangan dan merapatkan hubungan antara bayi dan ibu bapa atau pengasuh), fizikal bayi (penghadaman, pertumbuhan, dan koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic)), meningkatkan kepekaan deria sentuhan bayi dan menggalakkan perkembangan minda. Ibu bapa atau pengasuh yang ingin melakukan urutan ini hendaklah mahir dengan teknik urutan yang betul agar tidak mendatangkan kecederaan kepada bayi.

Kajian-kajian menunjukkan kesan sentuhan dan urutan untuk kanak-kanak boleh merangsang saraf otak untuk membantu penyerapan zat makanan dan pertambahan berat badan lebih cepat. Selain itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik (berkaitan pola tangisan bayi) pada bayi dan perbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga serta mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal dan kesejahteraan bayi dan kanak-kanak.

Sumber Google

Faedah Urutan Bayi


Antara faedah yang boleh diperolehi daripada urutan bayi ini kepada bayi adalah :
  • Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman.
  • Menjadikan bayi tidur lebih nyenyak dan kurang merengek.
  • Melegakan tekanan, kesakitan dan keresahan. Kajian menunjukkan bahawa urutan akan menyebabkan otak mengeluarkan endorphins yang membantu bayi sentiasa tenang.
  • Melegakan angin dan Kolik (berkaitan pola tangisan bayi)
  • Merangsang pengaliran oksigen dalam badan bayi.
  • Membantu meredakan kesakitan apabila kurang sihat.
  • Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman.
  • Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.
  • Menggalakkan perkembangan minda dan koordinasi anggota badan.
  • Membantu bayi yang mengalami masalah kulit kering.
  • Membantu bayi mempelajari bagaimana menggunakan sentuhan sebagai satu cara meneroka dunia persekitaran.
  • Merangsang kecekapan sistem imunisasi  yang boleh melindungi bayi dari jangkitan dan menggalakkan koordinasi otot bayi.
  •  Membantu merangsang perkembangan neoron yang berhubung didalam otak yang amat penting untuk aktiviti fizikal.

Bagi bayi yang pramatang pula, analisis global yang dijalankan daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti :
  • Peningkatan berat badan yang baik sebanyak 47 %
  • perkembangan lebih baik
  • Lebih aktif
  • Lebih peka dan menunjukkan tindak balas
  • Keluar Hospital lebih awal

Antara faedah urutan  bayi ini terhadap ibu bapa pula ialah:
  • Memberikan lebih keyakinan dalam memenuhi keperluan bayi.
  • Memahami cara berkomunikasi dengan bayi secara non- verbal.
  • Merasa tenang dan relaks.
  • Membantu mengurangkan postnatal depression ibu yang bersalin.
  • Bagi ibu yang menyusukan bayi, laktasi akan terhasil dari stimuli hormon. 

Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mengurut bayi

  • Berkuku pendek
  • Membasuh tangan dan keringkan.
  • Tanggalkan barang kemas atau perhiasan yang dipakai agar tidak mencederakan bayi.
  • Suhu persekitaran yang tidak sejuk.
  • Suasana yang tenang.
  • letakkan minyak atau losyen di tangan anda terlebih dahulu sebelum diurut kepada bayi.
  • Meminta izin bayi jika bayi tersenyum baru mulakan.
  • Mulakan urutan dimana-mana yang bayi suka.
  • Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  • Sediakan pakaian bayi supaya boleh terus dipakaikan sejurus habis sesi urutan.
  • Semasa sesi urutan ibubapa atau pengasuh digalakkan berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak.
  • Sentiasa melihat respon dan melakukan pertembungan mata semasa urutan dilakukan.

Teknik Urutan












Selamat mencuba..tetapi anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan belajar dengan orang yang mahir terlebih dahulu untuk memastikan bayi anda tidak mengalami kecereraan :D

sumber gambar teknik urutan: johson baby 
Sumber rujukan artikel : Modul pendidik dan pengasuh, Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara 



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

nRelate Posts Only