>
Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Menarik Tentang Kucing

                            Oren a.ka Ren..                         

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
harini saya nak kongsi berkenaan kucing...
kucing??

Apabila sebut ja kucing...pasti terbayang kucing-kucing yang comel,manja dan mempunyai bulu yang lembut.. tetapi bungkin tidak pada orang yang takut atau geli pada kucing  :D

Adik saya sangat sukakan kucing..sampaikan kalau tak ada kucing kat rumah dia rasa macam kehilangan sesuatu. Haha maaf ya dik :p.

Jom kita lihat antara fakta menarik yang ada pada kucing yang saya baca di internet.
  
·  Kucing antara haiwan yang suka tidur. Seekor kucing boleh tidur sekitar 16 jam sehari.
·  Kebiasaannya kucing yang mempunyai bulu 3 warna adalah betina. Manakala jika kucing jantan mempunyai bulu 3 warna, selalunya kucing tu mandul.
·  Kucing memiliki 30 batang gigi di dalam mulutnya.
·  Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 jenis bunyi berbanding anjing yang hanya boleh mengeluarkan kira-kira 10 bunyi.
·  Kucing yang bermata biru adalah pekak. Semua anak kucing dilahirkan bermata biru bila semakin besar barulah warna mata berubah.
·  Kucing boleh mencari jalan pulang biarpun dibuang beberapa kilometer dari rumah.
·  Seekor kucing mampu melompat tujuh kali lebih tinggi dari tubuhnya.
·   Kucing adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam.
·  Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia.
·  Memori seekor kucing jauh lebih baik berbanding anjing dan monyet.
·  Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati. Dan jika ada kucing peliharaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan mencukur kening mereka sebagai tanda sedang berkabung.
·  Kucing ada kebolehan menenangkan manusia. Bila kita membelai kucing, tekanan darah akan turun dan denyutan jantung akan menjadi stabil.
·  Kucing mampu berlari hampir 50km/jam
·  Seekor kucing betina akan hamil kira-kira 58 – 65 hari.
·  Coklat boleh menjadi racun kepada kucing. Begitu juga dengan aspirin.
·  Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif kepada bau, hampir 40 kali leih dari manusia.

sumber


Subhanallah....banyakkan.. hebatnya Allah. Sebenarnya..
ada banyak lagi..tapi cukuplah setakat
ini nanti saya kongsi lagi...



Gelagat Oren si Pemalas 


menarik tentang kucing
tak nak bangun..nak tido

menarik tentang kucing
Tak nak tengok Camera


Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI

Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 

Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com



nRelate Posts Only