>
Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

Masalah Kesuburan Wanita



kesuburan
Sumber Google



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masalah kesuburan ini sebenarnya ramai orang yang alami tetapi ramai segan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan.

Seperti yang kita tahu, sistem pembiakan manusia merupakan salah satu sistem badan manusia dan perbezaan lelaki dan wanita adalah sangat besar perbezaannya kerana wanita sering dikatakan "complicated" tetapi jangan tak tahu, sistem pembiakan juga wanita atau perempuan juga sangat komplikated berbanding lelaki. 


Tahukah anda? 

Lelaki boleh menghasilkan dua hingga empat juta (2-4 juta) sperma sehari manakala wanita hanya boleh menghasilkan satu telur sebulan. 

Namun begitu, walaupun wanita menghasilkan satu telur sahaja sebulan tetapi ada emosinya dan macam-macam lagi. Lelaki pula walaupun dapat menghasilkan beribu sperma sehari tetapi tak semua yang berjaya bergabung dengan telur wanita.


Sistem Pembiakan Wanita

 
sistem pembiakan manusia
Sumber Google


Fungsi secara ringkas :
  • Ovari - 
    • hasilkan hormon estrogen & progestron 
    • hasilkan telur setiap bulan.
  • Tiub Fallopio - tiub yang membawa telur ke uterus (rahim)
  • Uterus (rahim) - Tempat perkembangan bayi


Masalah kesuburan wanita

Antara masalah-masalah yang menyebabkan ketidaksuburan wanita ialah:

keputihan wanita
Masalah Keputihan (Sumber Google)
  • Keputihan- gatal, berbau, jangkitan bakteria


fibroid wanita
Fibroid (sumber Google)

  • Fibroid - Suatu ketumbuhan yang berlaku di uterus (rahim)


cyst
sumber google

  • Ovarian Cyst - berlaku di ovari

masalah kesuburan wanita
sumber google
  • PCOS
Mengikut kajian tiada sebab khusus terjadinya PCOS ini. Keadaan ini disebabkan tidak ada telur yang boleh dihasilkan sebab tak cukup estrogen kerana ovari tidak normal.


masalah kesuburan wanita Endometriosis
sumber google
  • Endometriosis
Tisu yang sepatutnya berada dalam rahim tetapi tumbuh di luar rahim.
  • Kanser payudara
  • Kanser sevik

Mengikut kajian sebenarnya kadar peratusan kesuburan lelaki dan perempuan sebenarnya adalah sama.

Cadangan Suplement Shaklee Untuk Menangani Masalah Kesuburan Wanita

  • GLA Complex Shaklee 

    Membantu untuk seimbangkan hormon terutamanya sekiranya kitaran haid yang tidak normal. Membantu mengecutkan Cyst.

  • B Complex Shaklee

    Vitamin B ini sangat perlu diambil oleh semua wanita yang bercita-cita untuk hamil kerana salah satu vitamin B yang penting untuk pembentukan janin pada awal pembentukan adalah asid folik. Asid folik ini membantu menghalang kecatatan bayi. 

    Wanita mengandung memerlukan asid folik sebanyak 400mg pada awal usia kandungan mereka. B complex Shaklee mempunyai asid folik 200mg pada setiap hidangan dan anda perlu mengambil lagi satu vitamin iaitu Vita-Lea untuk mendapatkan lagi 200mg asid folik.

    Ingin tahu "Kenapa Asid Folik Sangat Penting Terutama Kepada Wanita ?"

Multivitamin atau Vita-Lea Shaklee ini mempunyai asid folik 200 mg. Mengandungi zat besi  (iron) yang sememangnya penting untuk ibu mengandung untuk membantu pembentukan hemoglobin yang mengangkut oksigen dengan sempurna ke seluruh badan termasuk bayi. 
Kekurangan hemoglobin dalam badan ibu mengandung juga dikatakan salah satu sebab kemungkinan kelahiran pramatang.

Masalah kanser 

Bagi semua masalah kesihatan termasuk kesuburan yang kronik ini saya mencadangkan anda mengambil supplement vivix kerana vivix adalah penyelesaian yang baik kerana mengandungi resvirestrol yang tinggi (salah satu antioksida yang yang paling kuat) dan telah di buktikan oleh ujian klinikal bahawa boleh membantutkan sel-sel kanser tersebut.

Sebagai manusia kita seharusnya berusaha walaupun yang memberikan hasinya adalah Allah s.w.t.





Anda mungkin berminat untuk membaca :

Jom dapatkan Set Kesuburan Wanita Shaklee untuk menangani masalah ini dengan hubungi saya seperti maklumat yang tertera dibawah untuk urusan pembelian dan konsultasi percuma untuk pelanggan saya.

Anda juga boleh membeli secara online dengan kad kredit/debit anda dengan klik gambar dibawah:



set kesuburan wanita shaklee



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.



# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-


Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com




=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DAN LEBIH LAGI DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=============================================================

Tuesday, 11 November 2014

Urutan Bayi Menggalakkan Perkembangan Minda Bayi ?


Sumber: Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan urutan bayi yang sememangnya banyak manfaatnya..bukan sahaja kepada bayi malah kepada ibu bapa itu sendiri. Urutan penuh kasih sayang ini bukan sahaja menggalakkan perkembangan minda bayi sebenarnya malah mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak :D

Urutan Bayi 

Urutan bayi ini boleh dijadikan rutin untuk diamalkan pada bayi seawal baru lahir sehingga enam bulan. Proses urutan ini hendaklah dilakukan dengan belaian sentuhan yang lembut. Urutan ini amat penting untuk perkembangan emosi (memberi ketenangan dan merapatkan hubungan antara bayi dan ibu bapa atau pengasuh), fizikal bayi (penghadaman, pertumbuhan, dan koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic)), meningkatkan kepekaan deria sentuhan bayi dan menggalakkan perkembangan minda. Ibu bapa atau pengasuh yang ingin melakukan urutan ini hendaklah mahir dengan teknik urutan yang betul agar tidak mendatangkan kecederaan kepada bayi.

Kajian-kajian menunjukkan kesan sentuhan dan urutan untuk kanak-kanak boleh merangsang saraf otak untuk membantu penyerapan zat makanan dan pertambahan berat badan lebih cepat. Selain itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik (berkaitan pola tangisan bayi) pada bayi dan perbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga serta mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal dan kesejahteraan bayi dan kanak-kanak.

Sumber Google

Faedah Urutan Bayi


Antara faedah yang boleh diperolehi daripada urutan bayi ini kepada bayi adalah :
  • Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman.
  • Menjadikan bayi tidur lebih nyenyak dan kurang merengek.
  • Melegakan tekanan, kesakitan dan keresahan. Kajian menunjukkan bahawa urutan akan menyebabkan otak mengeluarkan endorphins yang membantu bayi sentiasa tenang.
  • Melegakan angin dan Kolik (berkaitan pola tangisan bayi)
  • Merangsang pengaliran oksigen dalam badan bayi.
  • Membantu meredakan kesakitan apabila kurang sihat.
  • Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman.
  • Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.
  • Menggalakkan perkembangan minda dan koordinasi anggota badan.
  • Membantu bayi yang mengalami masalah kulit kering.
  • Membantu bayi mempelajari bagaimana menggunakan sentuhan sebagai satu cara meneroka dunia persekitaran.
  • Merangsang kecekapan sistem imunisasi  yang boleh melindungi bayi dari jangkitan dan menggalakkan koordinasi otot bayi.
  •  Membantu merangsang perkembangan neoron yang berhubung didalam otak yang amat penting untuk aktiviti fizikal.

Bagi bayi yang pramatang pula, analisis global yang dijalankan daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti :
  • Peningkatan berat badan yang baik sebanyak 47 %
  • perkembangan lebih baik
  • Lebih aktif
  • Lebih peka dan menunjukkan tindak balas
  • Keluar Hospital lebih awal

Antara faedah urutan  bayi ini terhadap ibu bapa pula ialah:
  • Memberikan lebih keyakinan dalam memenuhi keperluan bayi.
  • Memahami cara berkomunikasi dengan bayi secara non- verbal.
  • Merasa tenang dan relaks.
  • Membantu mengurangkan postnatal depression ibu yang bersalin.
  • Bagi ibu yang menyusukan bayi, laktasi akan terhasil dari stimuli hormon. 

Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mengurut bayi

  • Berkuku pendek
  • Membasuh tangan dan keringkan.
  • Tanggalkan barang kemas atau perhiasan yang dipakai agar tidak mencederakan bayi.
  • Suhu persekitaran yang tidak sejuk.
  • Suasana yang tenang.
  • letakkan minyak atau losyen di tangan anda terlebih dahulu sebelum diurut kepada bayi.
  • Meminta izin bayi jika bayi tersenyum baru mulakan.
  • Mulakan urutan dimana-mana yang bayi suka.
  • Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  • Sediakan pakaian bayi supaya boleh terus dipakaikan sejurus habis sesi urutan.
  • Semasa sesi urutan ibubapa atau pengasuh digalakkan berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak.
  • Sentiasa melihat respon dan melakukan pertembungan mata semasa urutan dilakukan.

Teknik Urutan












Selamat mencuba..tetapi anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan belajar dengan orang yang mahir terlebih dahulu untuk memastikan bayi anda tidak mengalami kecereraan :D

sumber gambar teknik urutan: johson baby 
Sumber rujukan artikel : Modul pendidik dan pengasuh, Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara 



Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================

nRelate Posts Only