>
Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

Kenali Hiperaktif atau ADHD

Kenali Hiperaktif atau ADHD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit info mengenai Hiperaktif.
agar kita lebih mengenali kanak-kanak hiperaktif.

Apakah Hiperaktif ?

Hiperaktif atau ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasanya terjadi kepada kanak-kanak. Keadaan ini melibatkan keadaan dimana mereka yang mengalami hiperaktif ini menunjukkan sikap tidak boleh duduk diam (hiperaktif), perhatian mereka suka beralih dari satu fokus kepada fokus yang lain (kurang tumpuan) dan bersikap impulsiviti iaitu menurut kata hati.

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur diantara 5-15 tahun menunjukkan seramai 4,3 % mempunyai ciri-ciri Hiperaktif. Kebanyakannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Hiperaktif ini tiada kajian yang menemui faktor punca utama walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bendalir dalam otak mungkin penyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Kenali Hiperaktif atau ADHD
Kurang Tumpuan

Ciri-ciri Hiperaktif

  • Kurang tumpuan

    Biasanya kanak-kanak yang mempunyai Hiperaktif ini mempunyai daya tumpuan yang singkat atau kurang fokus. Mereka sering tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilan serta susah dikawal dan disiplinkan. 

    Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk ditempat dan mendengar arahan guru. Biasanya kanak-kanak ini sering dipinggirkan oleh kawan -kawan yang lain menyebabkan dia sering terasa terasing.
       
  • Bersikap Impulsif (mengikut perasaan)
 Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya menyebabkan dia sukar dikawal didalam suasana sekolah biasa. Pemerhatian daripada perspektif sosiologi, kanak-kanak yang hiperaktif kurang disukai sesama kanak-kanak seusia mereka ini menyebabkan sosial mereka terganggu

Bertindak mengikut perasaan

  • Bertindak sebelum berfikir 
Menurut Pakar Pediatrik berkata ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan. Kanak-kanak ini boleh berfikir dengan baik tetapi mereka lebih suka mengikut perasaan.
 
Rawatan Yang Biasa Digunakan 

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti
sumber

Pandangan ibu bapa

Ibu bapa juga harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak yang normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Hal ini bergantung kepada umur dan peringkat perkembangan, dorongan untuk suka bermain adalah dianggap normal. Jika anak anda mengalami pencapaian yang teruk di sekolah yang merosot teruk dan mempunyai gejala seperti diatas dan mengalami masalah interaksi dengan orang lain, kanak-kanak tersebut mungkin mengalami gangguan hiperaktif .

Kenali Hiperaktif atau ADHD

FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA HIPERAKTIF (ADHD)

Faktor kebakaran, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi di kandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif.

Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak di kandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.

Memanjakan anak juga merangsang sifat dan sikap hiperaktif menonjol dalam diri pengidapnya. Pemanjaan dapat juga disamakan dengan memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan saja, dan sebagainya. Anak yang terlalu dimanja itu sering memilih caranya sendiri agar terpenuhi keperluan mereka. Ia akan memperdayakan ibu bapa untuk memperoleh apa yang diinginkannya serta kurangnya disiplin yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak tersebut. Cara seperti itulah yang akan membuat anak untuk berbuat sekehendak hatinya. Anak yang dimanja biasanya pengarahan yang diberikan kepadanya berkurang. Dan kalau disekolahkan ia akan memilih berjalan-jalan dan berdiri dari pada mendengarkan pelajaran yang diberikan oleh guru.

Kanak-kanak yang disyaki hiperaktif perlu dirujuk untuk diperiksa oleh doctor dan akan dirujuk. Untuk pemeriksaan lanjut oleh Pakar Psikiatri Kanak-kanak. Ahli profesional yang lain yang juga membantu kanak-kanak ini termasuk Pegawai Psikologi Klinikal, Pengawai  Terapi Cara-Kerja dan guru Pendidikan Khas.

Oleh itu sebagai ibu bapa kita seharusnya peka terhadap perkembangan anak-anak kita supaya anak kita mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya.

Jom baca enrty Anak Anda Hiperaktif ? Bantulah Mereka dengan Omega Guard Shaklee

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

Wednesday, 5 November 2014

Bayi Berdengkur ketika tidur adakah bahaya ?

Bayi Berdengkur ketika tidur adakah bahaya ?

Pelik mendengar bayi berusia setahun yang tidur nyenyak berdengkur seperti orang dewasa. Jika kecil lagi sudah berdengkur, bagaimana keadaan jika dia dewasa? Adakah tabiat itu akan berlarutan?

Apakah Berdengkur ? 

Berdengkur ialah gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut dan halangan pada saluran pernafasan itu akan menyebabkan seseorang berdengkur.

Tisu yang membengkak di dalam hidung juga boleh menyebabkan halangan saluran pernafasan, seterusnya menyebabkan seseorang berdengkur. Selain itu, tulang rawan hidung yang bengkok turut menjadi punca masalah ini.

Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pembedahan Leher dan Kepala Pusat Perubatan Tropicana, Dr Mallina Sivarajasingam berkata, jika sebelah hidung sempit dan sukar bernafas, lazimnya kita akan bernafas menggunakan sebelah lagi hidung.

Penggunaan berlebihan pada bahagian hidung terbabit boleh menyebabkan ruang dalam hidung membengkak, seterusnya menjadikan dengkuran bertambah kuat
Ini disebabkan udara yang memasuki saluran hidung dengan aliran laju boleh menyebabkan ia membengkak. Kerap bersin berpunca daripada resdung atau alahan juga boleh menyebabkan individu itu mudah berdengkur.

“Adenoid iaitu tisu limfa di pangkal atau belakang hidung kanak-kanak mudah bengkak dan apabila bernafas, mudah menyebabkan halangan pernafasan. Kita boleh mendengar bunyi kanak-kanak ini bernafas dengan kuat ketika dia berjaga.

“Kanak-kanak yang mempunyai tisu adenoid tebal biasanya tidur dengan mulut ternganga kerana halangan pernafasan. Apabila bangun tidur, mereka mengalami kering tekak, berasa haus dan tidak selesa,” katanya.
 
Gejala OSA dalam kalangan kanak-kanak:  

1. Masih mengantuk ketika bangun pagi walaupun tidur lapan jam
2. Mengadu pening
3. Tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas
4. Prestasi pelajaran kurang memuaskan

Dr Mallina berkata, kanak-kanak yang mengalami OSA tidak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Halangan pada saluran pernafasan menyebabkan mereka mengalami kekurangan oksigen.

Paru-paru tidak dapat serap oksigen dalam sistem darah, seterusnya gagal mengalir ke otak. Tonsil yang besar di lelangit juga boleh menyebabkan ruang dalam mulut sempit sekali gus menghalang pernafasan.

Menurutnya, halangan pada saluran pernafasan yang dialami golongan dewasa juga sama seperti kanak-kanak. Bagaimanapun, masalah adenoid kurang dialami golongan dewasa.

“Lelangit yang melendut dan anak tekak yang panjang menyebabkan ruang pernafasan sempit. Masalah ini biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang obes, terutama dengan leher yang tebal.

“Pangkal lidah yang panjang atau tulang rahang yang kecil dan pendek menyebabkan lidah tidak cukup ruang dalam mulut sehingga menutup ruang pernafasan.

“Kesukaran bernafas kurang dirasai ketika mereka tidak tidur kerana ketika berdiri, semua bahagian dalam mulut dalam posisi yang baik.

“Ketika tidur, semua otot dalam mulut (lidah, tonsil dan lelangit) kendur hingga menyebabkan ruang itu sempit dan menghalang pernafasan,” kata Mallina.

Faktor lain OSA dalam kalangan dewasa:

1. Pengambilan ubatan tertentu
2. Ubat anti depresi
3. Ubat tidur
4. Alkohol
5. Merokok

Antara gejala OSA dalam kalangan dewasa ialah kurang fokus, sentiasa mengantuk, terutama ketika menghadiri mesyuarat atau memandu, malah OSA boleh menyebabkan individu terbabit terlelap ketika berhenti di lampu isyarat. Penderita OSA mudah pening di waktu pagi dan rasa tidak puas tidur dan sentiasa rasa ingin tidur.

Risiko OSA: 

1. Lemah jantung

Ini berlaku apabila otak menyampaikan mesej tidak cukup oksigen, menyebabkan jantung mengepam lebih kuat. Kuantiti oksigen yang diperlukan tidak mencukupi disebabkan wujud halangan pada saluran pernafasan.

2. Darah tinggi
3. Angin ahmar
4. Emosi tidak stabil dan cepat marah
5. Lesu dan tidak fokus

Rawatan

1. Kaedah perubatan
2. Pembedahan

Alahan hidung akan dirawat dengan ubat semburan bagi mengurangkan bengkak hidung. Pesakit juga mungkin diberikan pil untuk mengatasi alahan atau resdung.

Mesin terapi tekanan laluan udara positif berterusan (CPAP) digunakan untuk membuka saluran pernafasan. Mesin ini memasukkan udara dengan tekanan positif bagi mengatasi masalah berdengkur.

“Mereka yang mengalami masalah OSA perlu berusaha mengurangkan berat badan berlebihan. Pembedahan bagi mengatasi masalah OSA disasarkan pada bahagian yang bermasalah, misalnya jika tulang rawan hidung bengkok, pembedahan membetulkannya akan dilakukan,” katanya.

Bayi Berdengkur ketika tidur adakah bahaya ?

Oleh itu ibu bapa yang mempunyai anak yang tidur berdengkur janganlah anda pandang ringan dengan keadaan ini. Bawalah anak anda berjumpa dengan doktor untuk memastikan anak anda berada dalam keadaan baik.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

Pelik mendengar bayi berusia setahun yang tidur nyenyak berdengkur seperti orang dewasa. Jika kecil lagi sudah berdengkur, bagaimana keadaan jika dia dewasa? Adakah tabiat itu akan berlarutan?
Berdengkur ialah gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut dan halangan pada saluran pernafasan itu akan menyebabkan seseorang berdengkur.
Tisu yang membengkak di dalam hidung juga boleh menyebabkan halangan saluran pernafasan, seterusnya menyebabkan seseorang berdengkur. Selain itu, tulang rawan hidung yang bengkok turut menjadi punca masalah ini.
Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pembedahan Leher dan Kepala Pusat Perubatan Tropicana, Dr Mallina Sivarajasingam berkata, jika sebelah hidung sempit dan sukar bernafas, lazimnya kita akan bernafas menggunakan sebelah lagi hidung.

Penggunaan berlebihan pada bahagian hidung terbabit boleh menyebabkan ruang dalam hidung membengkak, seterusnya menjadikan dengkuran bertambah kuat

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Berdengkurtandaawalpenyakit/MA/Article#sthash.UFzMxMya.dpuf

Tuesday, 4 November 2014

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.

anak anda sering sakiat?

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera

Anak tidak sihat?

Anak anda sering tidak sihat? jangan pandang ringan. Sebenarnya sekiranya anak anda sakit anda juga sakit bukan? anda perlu mendapatkan cuti untuk untukmembawa anak ke klinik dan perlu meluangkan masa untuk menjaga anak anda anda juga akan menghadapi tekanan atau stress dan tidak dapat fokus bekerja.

Selain itu, sekiranya masalah kesihatan anda dan semakin berlarutan ia bukan sahaja mempengaruhi emosi tetapi juga mempengaruhi faktor kewangan keluarga dan lain-lain lagi.

Oleh itu, sebagai ibu bapa apakah yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan sistem imunisasi anak anda?

Perkara yang perlu dilakukan untuk membantu meningkatkan imunisasi anak anda 

Antara perkara yang anda perlu lakukan untuk meningkatkan imunisasi anak anda adalah:

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.

  • Bersenam
Bersenam merupakan amalan gaya hidup sihat. Oleh itu bawalah anak anda keluar bersenam pada waktu pagi kerana selain kerana kurangnya pencemaran diwaktu pagi badan kanak-kanak yang aktif akan menghasilkan vitamin ACE yang mengandungi antioksidan yang boleh membantu melawan penyakit. Amalan bersenam bersama keluarga juga boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. :D

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.

  • Makan makanan berkhasiat
Mendidik anak supaya makan makanan yang berkhasiat dan seeloknya makanan daripada rumah. Elakkan anak anda mengambil makanan ringan dan membeli buah-buahan untuk makanan ringan bersama keluarga. 

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.

Minum air yang bertapis untuk memastikan kebersihan dan air yang diambil bebas daripada kuman dan logam berat atau toksid kerna ia juga boleh mempengaruhi kesihatan bukan sahaja kepada anak anda tetapi juga kepada diri anda sendiri.

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.
  •   Tidur awal
Pastikan anak anda tidur awal dan mendapat rehat yang cukup kerana kurang tidur juga boleh mempengaruhi daya ketahanan badan anak anda.

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.
contoh suplemen

  •  Berikan anak anda supplemen
Keadaan kita sekarang bolehkah anak anda mendapat nutrisi lengkap hanya dengan makanan sahaja? Oleh itu, pengambilan suplemen juga sangat penting untuk membantu meningkatkan dan membantu mengekalkan imunisasi anak anda.

Anak Anda Sering Tidak Sihat ? Apa Yang anda patut Lakukan.

Sebagai ibu bapa marilah kita peka dengan keadaan kesihatan anak anda untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari dan berikanlah anak anda nutrisi yang cukup dan makanan yang berkhasiat dan elakkan makanan segera kerana akan mengganggu nutrisi anak anda. Anak sihat ibu bapa bahagia.

Jom baca entry mengenai kanak-kanak: 
  1. Lecithin Shaklee Untuk Anak lebih bijak 
  2. Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak 
  3. Bolehkan Anak Anda Mendapat Nutrisi Lengkap Hanya Daripada Makanan Sahaja?? 
  4. 10 Sebab Kenapa Anak Anda Perlukan Meal Shakes Shaklee

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

nRelate Posts Only