>

Wednesday 9 December 2015

Bahaya Keputihan Semasa Hamil ?



Keputihan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan semua yang bergelar wanita tak kira yang sudah berkahwin atau belum berkahwin dan sebenarnya adalah normal. Akan tetapi keputihan ini akan menjadi tidak normal apabila mempunyai tanda-tanda yang abnormal pada keputihan mereka. 

Oleh itu, langkah pencegahan dan penjagaan serta ilmu dalam menangani tanda-tanda keputihan yang tidak normal terutama bagi wanita mengandung adalah sangat penting untuk keselamatan serta kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.


ubat keputihan semasa hamil
Keputihan Semasa Hamil
(Sumber Gambar : Google)

Keputihan Ketika Hamil

Keputihan sememangnya normal bagi ibu hamil. Hal ini kerana, berlaku perubahan hormon yang meningkatkan pengeluaran cairan vagina serta menurunan pH. Namun apa yang dirisaukan adalah keputihan yang banyak dan berlebihan serta mempunyai tanda-tanda abnormal. 

Cairan yang keluar daripada faraj lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi ibu hamil. Lelehan yang bersifat cair dan berwarna seperti susu. 

Tanda Keputihan Yang tidak Normal pada Ibu Hamil

Tetapi sekiranya anda hamil dan mengalami tanda keputihan seperti lelehan pekat seperti krim berwarna putih, mengalami kegatalan, sakit serta mengalami kemerahan pada faraj atau bahagian punggung, berasa sakit apabila berhubungan intim dengan suami serta rasa sakit ketika membuang air kecil segeralah berjumpa dengan doktor anda kerana lelehan daripada faraj itu adalah disebabkan jangkitan.

Wahai ibu hamil sekalian, janganlah anda memandang remeh terhadap keputihan ketika hamil ini kerana boleh menjejaskan kesihatan anda dan anak dalam kandungan.


keputihan membahayakan janin
Keputihan yang mempunyai jangkitan
 mempenyaruhi kesihatan bayi
(Sumber Gambar: Google)


Bahaya Keputihan Ketika Hamil Serta Kesan Terhadap Bayi Dalam Kandungan

Kulat dan bakteria merupakan antara sebab yang sering menyebabkan keputihan yang tidak normal kepada ibu hamil. 

Antara beberapa kesan yang dibawa oleh jangkitan kuman atau bakteria yang dibawa boleh keputihan tidak normal.

1. Chlamydia

Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu, boleh menyebabkan keguguran malahan tidak mustahil membahayakan nyawa ibu dan janin jika tidak segera diatasi.

2. Kuman Herpes Simpleks

Kesan terhadap kuman ini boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Kulat ini boleh mengundang kepada risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi

4. Kuman HPV

Kuman ini boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan sistem pencernaan bayi sehingga boleh menyebabkan risiko kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea 

Kesan daripada jangkitan ini boleh memnyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh membawa kepada risiko buta.

Oleh itu, bagi ibu hamil yang merasakan anda mempunyai keputihan yang tidak normal teruslah berjumpa doktor untuk kebaikan anda dan juga bayi anda. Bertindaklah sebelum terlambat.

Atasi Keputihan Semasa Hamil Dengan Garlic Shaklee


ubat keputihan semasa hamil
Garlic Shaklee

Antara Kebaikan Garlic Shaklee Untuk Ibu Hamil:
  • membantu melancarkan peredaran darah
  • menurunkan tekanan darah
  • mengurangkan tahap kolesterol
  • berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung
  • berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus (kajian Universiti Maryland Medical Center)
  • berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung (kajian University of Pittsburgh Medical Center)

Sekinya anda mempunyai masalah keputihan semasa hamil ini jangan tunggu lama-lama lagi segeralah bertindak untuk keselamatan diri anda dan janin anda. 

Untuk Info lanjut segera hubungi saya dengan WhatsApp ke no 019-5690905 (Anma) 

Anda mungkin meminati :


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekiranya anda berminat untuk membuat Side Income bersama saya, boleh klik link dibawah :


Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-

Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DAN LEBIH LAGI DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=============================================================

nRelate Posts Only