>

Monday, 3 November 2014

Konvokesyen





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari konvokesyen saya di peringat Diploma di UTM, Skudai. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.

Minta maaf ya entry kali ini pendek kerana hari ini saya sedikit sibuk dengan majlis konvo dan bergambar dengan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan saya ketika Diploma dahulu pada siang hari dan pada sebelah malamnya akan menaiki bas ke Alor Setar.

Perjalanan kami masih jauh..kami baru sahaja melepasi tahap pertama semoga kami semua mampu berjaya sehingga ke peringkat yang seterusnya dan dengan mampu memberikan sumbangan kepada diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan negara :D



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar

Sunday, 2 November 2014

Jalan-Jalan Di Johor






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman jalan-jalan ke Johor Bharu bersama kawan-kawan sekolej dulu sementara tunggu majlis konvo kami pada esok hari :D



Alkisahnya bermula apabila mereka ajak pergi bersiar-siar di JB sementra kami semua masih disini dan pada mulanya kami nak ke Danga Bay tetapi di sebabkan Danga Bay sedang dibaik pulih kami telah tukar plan dengan ke Puteri Harbour di Nusajaya 


Sebenarnya sebelum pegi tu kami pun tak tahu Puteri Harbour tu tempat apa :D 

Rupa-rupanya terminal feri ke indonesia tetapi masa masuk dalam tu rasa macam di lapangan terbang pun ada :D



Tak da apa yang menarik pun rasanya klu orang lain datang tetapi bagi kami macam best pulak ambil gambar ramai- ramai. Bila lagi pertemuan kami untuk seterusnya hanya Allah yang tau..



Selepas puas bergambar di disitu kami pergi ke Sanrio Hello Kitty :D

Kami tak masuk pun Theme Park dia tu.. nanti takut over bajet pulak, tapi kami sempatlah bergambar dengan patung Hello kitty yang comel tu :D






Masuk sahaja dalam kedai HK tu rasa macam kanak-kanak je sebab semua benda kami minat :D

Disebabkan kami kekangan masa kami hanya sempat ke 2 tempat ini sahaja :D . Walaupun kami tak sempat nak berjalan- jalan ketempat lain tapi masa kami bersama dengan sahabat-sahabat yang berukhwah kerana Allah rasa macam panjang je. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya :D


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar

Omega Guard Shaklee

produk shaklee


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari ini sempena promo omega pada bulan ni saya nak berkongsi serba sedikit info omega mengenai omega Shaklee.

Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai Omega Guard Shaklee ini jom kita lihat apakah omega ini sebenarnya.

Seperti yang kita tau omega ni minyak ikan dan maknanya sumbernya daripada ikan dan bukan dari bahan lain dan tergolong dlm golongan omega 3. Sebelum tu kena taula kenapa mesti nk makan omega guard Shaklee
apakah keistimewaannya dan apa bezanya dengan minyak ikan lain yang bnyk dijual di farmasi.
kenapa agaknya? 

Keistimewaan dan Perbezaan Omega Guard Shaklee


Omega Guard Shaklee

  • Omega Guard Shaklee adalah ultra tulen.
Ia sememangnya minyak ikan bukan seperti sesetengah supplement yang katanya minyak ikan sedangkan bukan dr minyak ikan tp dr hati ikan.
Jadi sebelum kita membeli kena pandai pilih jgn sbb nk murah main bedal je asal org kata minyak ikan kita nk beli, mesti check kandungan dan shaklee punya tiada penipuan, ada research dan dia ekstrak dari ikan laut dalam yg sebenar.

  • Omega Guard Shaklee ada penyulingan 3 peringkat. 
Proses dimana Omega Guard Shaklee disuling hingga 3 peringkat hingga dapat minyak yg tulen dan tidak bercampur dgn bahan lain.
Kenapa Shaklee membuat proses penyulingan sebanyak 3 peringkat ni?
Ha..jom ikuti cerita sejarah ikan laut dlm ni. Adakah anda pernah dengar cite titanic?
Mesti korang dok ulang tayang 10x cite tu kan, bila dgr titanic mesti kaitan ngn kapal karam kan. Sbnrnya kapal karam ni adalah syurga pd ikan laut dalam sebab kat situ ikan2 ni laut dalam mencari sumber makanan seperti alga-alga lumut yg ada tu jd bila syok sgt makan maklumlah syurga, kdg3 termakan juga plumbum merkuri besi-besi melekat tu sume , kt kapal kan mesti ada minyak, besi-besi kapal tu
so masuk dlm perut ikan. Jadi apabila org tangkap ikan ni dan buat minyak ikan, tp tak buat tapisan 3 peringkat td maka minyak ikan tu akan tercampur dgn bahan toksik.
Jadi keinginan kita nak makan minyak ikan bg sihat kononnya akan mengundang padah, sbb makan toksik sekali nk sihat jd sakit tetapi dan biasanya minyak-minyak ikan yg murah tidak melakukan proses ini. Pilihan ditangan anda..nk murah maka dptlah kita yg tak berkualiti.. kalau tak kualiti baik tak mkn lgsung dr membazir duit kan tetapi minyak ikan shaklee berlainan kerana ia ultra tulen dan gred farmasi dan bukan dari gred rendah Jom pilih Omega Guard Shaklee kerana ia satu-satunya minyak ikan terbaik.
Oleh itu dengan pengambilan Omega Guard Shaklee yg mempunyai penyulingan 3 peringkat kita tak usah risau tentang toksik lagi.

Siapakah yang memerlukan Omega

 

Omega Guard Shaklee
kanak-kanak


  • Kanak-kanak
Bermula umur setahun ke atas kanak-kanak dah boleh ambil Omega Guard Shaklee dan apa faedah utk kanak2?
Mestilah sebab ada DHA utk otak bijak. omega ni makanan otak. Jadi ibarat item wajibla utk anak2 juga kalau kanak-kanak htperactive juga boleh ambil omega ni untuk kawal ADHD (hyperactive).
Omega Guard Shaklee sangat penting kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak yang tak cukup DHA boleh jadi seorang yg muram, atau stress.
Selepas ini lupa bg omega kat anak-anak ye, bg cerdas otak. kalau ikut nk makan ikan kadang-kadang mereka memilih atau tak mkn dan ikan yang dibeli dan disimpan didalam peti sejuk belum tentu ikan tu segar ke tidak jd antara solution adalah bg omega ni

Omega Guard Shaklee

  •  Orang yang Diet
Omega Guard Shaklee ini membantu diet dengan meninggikan hormon leptin yang akan mengurangkan selera makan dan kita akan rasa perut rasa penuh.
Omega Guard Shaklee juga boleh membantu bakar lemak juga dan mampu kawal kolesterol.
 
Omega Guard Shaklee
Ibu Hamil
  • Ibu Hamil
Omega Guard Shaklee memang bgus untuk ibu hamil. Bermula dari trimester pertama dh boleh amik sbb masa trimester pertama ni perkembangan otak bayi paling pesat dan sekiranya dh masuk 7 bln dan jika ibu ada sejarah tumpah darah dlm kelahiran sblom ni boleh kurangkan dos amik sebiji je sehari.
Hal ini kerana, omega ni boleh berfungsi cairkan darah jadi kalau ibu tu mmg bermasalah dgn kandungan boleh kurangkan dos atau stop dlu sementara dan ikut nasihat doktor tetapi sekiranya sihat walafiat ibu tu bleh amik sampaila bersalin.

  • Ibu menyusu juga bgus amik omega
bu menyusu bgus amik utk salurkan pd anak yg menyusu cuma khasiatnya mungkin tak sampai 100% kerana ibu berkongsi dengan anak yang menyusu tetapi sekurang-kurangnya bekalkan DHA dlm susu, bgus utk ibu dan anak skli, org berpantang boleh juga amik minyak ikan ni.


  •  Orang yang ada masalah jantung sebab kolesterol tinggi


Ha..Omega Guard Shaklee ni memang terbaik..setakat ini dulu perkongsian info untuk hari ini , saya akan sambung lagi pada entry akan datang..

Sekiranya anda ingin mendapatkan Omega Guard Shaklee ini jom klik pada gambar dibawah

omega shaklee
 



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar

Saturday, 1 November 2014

Ukhwah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya" (IMAM AL-GHAZALI)


Pertemuan setelah 6 bulan tidak bersua

Alhamdulillah setelah lebih kurang 6 bulan tidak bersua hari ini Allah izinkan pertemuan kami di UTM Skudai sempena majlis konvokenyen kami yang akan berlangsung pada 3 nov ini.

Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui apakah perasaan kami setelah lama tidak bertemu dan bersua kerana semuanya telah mempunyai hala tuju yang berlainan untuk keperingkat seterusnya.

Benarlah...bersahabat kerana Allah itu adalah antara nikmat yang paling best sekali kerana sama-sama mengingatkan kita kearah kebaikan untuk sama-sama menuju jannahnya.


 

Sebahagian gambar yang telah dirakamkan pada hari raptai konvo kami


Biarpun perjumpaan ini hanya sementara, sentiasalah kenang daku dalam doamu sahabat.





 Biarlah gambar berbicara...



Semoga pertemuan kita ini mendapat kerendhaan Allah..
Sayang korang kerana Allah..semoga kita dapat menjadi sahabat sehingga ke syurga.

Kepada yang tidak dapat hadir ke majlis konvo..insha Allah, mungkin Allah telah susun pertemuan kita yang lain.








"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

Perfomance Drink Shaklee

Pemberi tenaga dan daya ketahanan Fizikal





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan mengenai salah satu produk Shaklee iaitu Perfomance Drink Shaklee. Produk berperisa oren yang membantu untuk memberi tenaga. Minuman ini juga telah menjadi pilihan ramai ahli angkasawan dan para atlet.
 

Keistimewaan Perfomance Drink Shaklee

Perfomance Drink Shaklee ini telah dihasilkan pada pertama kalinya pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan University Yele bagi membantu projek penerbangan Daelus (human-powered flight programme). 

Perfomance Drink Shaklee merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Perfomance Drink dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini bertahan hingga kini.

Perfomance Drink Shaklee juga telah direka untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Perfomance Drink Shaklee sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan

Tahukah anda?

Ujian klinikal Perfomance Drink Shaklee telah membuktikan rumusan ekslusif OptiCap yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Perfomance Drink Shaklee mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.



Keunikan Perfomance Drink Shaklee


Keunikan produk Perfomance Drink Shaklee ini adalah kerana mengandungi komponen elektolit dan mineral yang penting seperti :
  • Sodium
  • Chloride
  • Magnasium
  • Kalsium
  • Potasium
Untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kering dan baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)


Manfaat Utama Perfomance Drink Shaklee

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potasium, kalsium, sodium, phosphorus, magnasium dan cloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal.
  •  Mencegah Penyahidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  •  Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Satu hidangan yang lazat  boleh diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.

Siapa yang perlukan Perfomance Drink Shaklee ini?

Antara orang yang sangat sesuai dan perlukan Perfomance Drink Shaklee ini ialah seperti :
  • Para atlet
  • mereka yang berpuasa
  • sebelum dan selepas pembedahan
  • tidur lewat malam
  • keletihan
  • penyahhidrtan otot dan kulit
  • vagina kering
  • cirit birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula
  • kepeningan

Jom dapatkan Perfomance Drink Shaklee dengan klik gambar dibawah ini

beli Perfomance Drink Shaklee





"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

nRelate Posts Only