>

Thursday, 6 November 2014

Kenali Hiperaktif atau ADHD


Kenali Hiperaktif atau ADHD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit info mengenai Hiperaktif.
agar kita lebih mengenali kanak-kanak hiperaktif.


Apakah Hiperaktif ?

Hiperaktif atau ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasanya terjadi kepada kanak-kanak. Keadaan ini melibatkan keadaan dimana mereka yang mengalami hiperaktif ini menunjukkan sikap tidak boleh duduk diam (hiperaktif), perhatian mereka suka beralih dari satu fokus kepada fokus yang lain (kurang tumpuan) dan bersikap impulsiviti iaitu menurut kata hati.

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur diantara 5-15 tahun menunjukkan seramai 4,3 % mempunyai ciri-ciri Hiperaktif. Kebanyakannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Hiperaktif ini tiada kajian yang menemui faktor punca utama walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bendalir dalam otak mungkin penyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Kenali Hiperaktif atau ADHD
Kurang Tumpuan

Ciri-ciri Hiperaktif

  • Kurang tumpuan

    Biasanya kanak-kanak yang mempunyai Hiperaktif ini mempunyai daya tumpuan yang singkat atau kurang fokus. Mereka sering tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilan serta susah dikawal dan disiplinkan. 

    Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk ditempat dan mendengar arahan guru. Biasanya kanak-kanak ini sering dipinggirkan oleh kawan -kawan yang lain menyebabkan dia sering terasa terasing.
       
  • Bersikap Impulsif (mengikut perasaan)
 Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya menyebabkan dia sukar dikawal didalam suasana sekolah biasa. Pemerhatian daripada perspektif sosiologi, kanak-kanak yang hiperaktif kurang disukai sesama kanak-kanak seusia mereka ini menyebabkan sosial mereka terganggu

Bertindak mengikut perasaan

  • Bertindak sebelum berfikir 
Menurut Pakar Pediatrik berkata ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan. Kanak-kanak ini boleh berfikir dengan baik tetapi mereka lebih suka mengikut perasaan.
 


Rawatan Yang Biasa Digunakan 


Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan


Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti
sumber

Pandangan ibu bapa

Ibu bapa juga harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak yang normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Hal ini bergantung kepada umur dan peringkat perkembangan, dorongan untuk suka bermain adalah dianggap normal. Jika anak anda mengalami pencapaian yang teruk di sekolah yang merosot teruk dan mempunyai gejala seperti diatas dan mengalami masalah interaksi dengan orang lain, kanak-kanak tersebut mungkin mengalami gangguan hiperaktif .


Kenali Hiperaktif atau ADHD


FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA HIPERAKTIF (ADHD)



Faktor kebakaran, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi di kandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif.

Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak di kandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.

Memanjakan anak juga merangsang sifat dan sikap hiperaktif menonjol dalam diri pengidapnya. Pemanjaan dapat juga disamakan dengan memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan saja, dan sebagainya. Anak yang terlalu dimanja itu sering memilih caranya sendiri agar terpenuhi keperluan mereka. Ia akan memperdayakan ibu bapa untuk memperoleh apa yang diinginkannya serta kurangnya disiplin yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak tersebut. Cara seperti itulah yang akan membuat anak untuk berbuat sekehendak hatinya. Anak yang dimanja biasanya pengarahan yang diberikan kepadanya berkurang. Dan kalau disekolahkan ia akan memilih berjalan-jalan dan berdiri dari pada mendengarkan pelajaran yang diberikan oleh guru.

Kanak-kanak yang disyaki hiperaktif perlu dirujuk untuk diperiksa oleh doctor dan akan dirujuk. Untuk pemeriksaan lanjut oleh Pakar Psikiatri Kanak-kanak. Ahli profesional yang lain yang juga membantu kanak-kanak ini termasuk Pegawai Psikologi Klinikal, Pengawai  Terapi Cara-Kerja dan guru Pendidikan Khas.

Oleh itu sebagai ibu bapa kita seharusnya peka terhadap perkembangan anak-anak kita supaya anak kita mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya.


Jom baca enrty Anak Anda Hiperaktif ? Bantulah Mereka dengan Omega Guard Shaklee


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar

nRelate Posts Only