Sumber Google |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penyakit keputihan sememangnya sangat sinonim dengan wanita tak kira tua atau muda. Tahukah anda adakah keputihan ini dikira normal atau sesuatu penyakit ? Tahukah anda adakah keputihan boleh menyebabkan kenser servik? Jom baca sampai habis untuk ketahui lebih lanjut mengenai masalah ini.
Keputihan Proses Semula Jadi ?
Keputihan pada asalnya adalah lendiran pada faraj yang keluar secara semula jadi untuk tujuan tertentu seperti melindungi sel dari kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit berbahaya seperti yang selalu membayangi wanita. Keputihan dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluaran lendir yang dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dan progestron dalam darah wanita.
Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan ini kerana perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana pada tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Hormon estrogen ini juga akan menyebabkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj. Hampir 80 % wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.
Selain itu, Keadaan fisiologi atau biasa juga dikatakan boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.
Keputihan ini juga boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah, sedih dan ketika keletihan yang amat sangat. Wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali dalam berhadapan dengan keputihan ini.
Sumber Google |
Implikasi Keputihan
Kebiasaanya, lendiran yang keluar daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal. Tetapi sekiranya keadaan berlaku sebaliknya, keputihan yang berkeadaan seperti itu boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Lazimnya, keputihan yang tidak normal akan menghasilkan lendiran yang berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.
Penghasilan lendiran seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda awal yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkita kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis.
Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu antaranya rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan.
Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan.
Keputihan Menjadi Gangguan Hubungan Intim Suami Isteri
Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman.
Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.
Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi memberi kesan terhadap hubungan seksual antara suami isteri apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim.
Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama. Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya.
Oleh itu, bagi menangani masalah itu wanita boleh mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.
Bagi masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain kapas dan sedikit longgar.
Sumber
Keputihan Antara Tanda-Tanda Kanser Servik Atau Pangkal Rahim
Tahukah anda apakah gejala kanser pangkal rahim? Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada
peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai
oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.
Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
- Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
- Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
- Pendarahan selepas putus haid
- Sakit semasa hubungan seksual
- Penambahan lelehan dari faraj (keputihan)
Sumber
Info Ringkas Mengenai Keputihan
* Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.
* Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
* Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
* Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.
* Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.
* Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
* Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
* Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda masalah keputihan yang tidak normal..Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda dan untuk kebaikan masa hadapan anda..
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keputihan jom klik entry dibawah ini :
Berminat hendak menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com
Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN
MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI
SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL
PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE
GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
==========================================================================