>

Thursday, 16 October 2014

Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak

 Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak



Kenapa nutrisi sangat penting diawal perkembangan kanak-kanak?

Biasanya..kanak-kanak kita lihat mereka tidak makan banyak kan? Selalunya kalau mereka tidak mendapat nutrisi yang  seimbang di peringkat awal ia akan mengganggu kesihatan dan potensi mereka di masa hadapan. Sebabnya nutrisi awal ini yang akan menentukan fizikal dia, lebih tingi ke..lebih rendah ke..semuanya bergantung dalam perkembangan awal dia. Seawal 6 tahun lagi perkembangan mental, intelek, sosial dan aspek emosi berlaku.

 Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak

Dapat Mencegah penyakit

Nutrisi yang baik dapat mencegah daripada mendapat penyakit kronik. Contohnya seperti diabetes, sakit jantung dan juga penyakit-penyakit peparu.  Biasanya, jika kita lihat kanak-kanak yang sihat biasanya mereka :
  • ·        ceria,
  • ·        aktif..
  • ·        tanya banyak soalan yang sampaikan kdg2 kita pun tak larat nak jawab. 

Tetapi sebenarnya ini adalah antara ciri-ciri anak yang sihat kerana mereka aktif dan kuat serta mempunyai keyakinan. 

Biasanya kalau kita lihat kanak-kanak  yang tak sihat pula bagaimana?
·        Rendah
·        sering pening,
·        muntah..
·        tak nak gi sekolah..
·        cirit birit..

Mereka sering merajuk, atau buat perangai sebab mereka tak tau macam mana nak menyampaikan kepada ibu bapa mereka. Biasanya ibu bapa yang tidak menyedari akan ciri-ciri ini akan menyebabkan lama-kelamaan badan mereka akan membina sistem imunisasi yang sangat lemah, dan sistem imunisasi yang lemah ini akan matang dalam umur 6 tahun dan akan ikut dalam badan dia sampai dia besar.

 Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak



Umur diantara 5-6 tahun peringkat kritikal

Tahukah anda umur 5-6 tahun adalah peringkat yang sangat kritikal. Anda perlu memastikan pada ketika umur ini anak anda mendapat nutrisi yang lengkap. Jika tak apakah yang akan berlaku pada anak-anak anda?

Kanak-kanak yang tidak mendapat mutrisi lengkap biasanya akan menjadi
  • ·        Dia akan jadi lemah..
  • ·        Nampak tidak bermaya
  • ·        lambat dan susah fokus.
  • ·        Pertumbuhan terbantut

Ini adalah ciri-ciri yang boleh kita lihat terutama pada ketinggian mereka. Biasanya, ketinggian ditentukan dalam 5 tahun pertama. Sekiranya anak anda sepatutnya mempunyai potensi yang baik untuk tinggi tetapi sekiranya tak cukup makan dan nutrisi..mugkin dia akan jadi lebih pendek.

Anda boleh buat pemerhatian di sekolah..biasanya anak anda kalau beratur duduk di depan atau belakang?  Sbb biasanya umur 5-6 tahun ketinggian ditentukan oleh pemakanan.
Sekiranya anak anda lebih rendah@ pendek sila berikan nutrisi yang penuh dan lengkap kepada dia.

Antara contoh-contoh penyakit yang akan menyerang kanak-kanak yang kurang nutrisi ini adalah:

·       
 Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak

  • Alegik - bila imunisasi tak kuat senang dapat alahan. Sebab sistem imunisasi dia lemah dan tak dapat nak kenal pasti yang mana ok @ tak. Dan secara tidak langsung akan mengganggu pencapaian akademik dia. Sebab selalu tak pergi sekolah..dan kurang fokus sebab selalu gatallah..apalah.. klu anak anda ada penyakit alegik pastikan dia dapat nutrisi yang lengkap. Supaya pencapaian dia lebih baik..:D
 Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak


  • Anemia – penah tak tengok anak2 kecik yang dia tak nak lepaskan mak dia? Biasanya anak2 yang mempunyai sikap macam ni dia ada masalah kemurungan.  Badan dia kekurangan vitamin iron..tak cukup zat besi..ini akan menyebabkan kanak-kanak  takut dan murung, kurang keyakinan diri, dan tidak dapat berinteraksi. Selalunya..kanak2 macam ni biasanya..akan nampak pucat..dan apabila kita bagi nutrisi lengkap dia akan lebih ceria sebab sel-sel darah merah akan terbina dan pengaliran darah akan lebih lancar.
 Nutrisi Sangat Penting Diawal Perkembangan Kanak-Kanak

  •  Obesiti – suka makan makanan segera dan pilih makanan yang dia rasa sedap macam burger.. Obesiti ini akan menyebabkan penyakit yang lain seperti  diabetes , tekanan darah tinggi , sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Jadi sekiranya anak anda mempunyai berat badan yang berlebihan..anda perlu memberi  dia produk yang boleh kuruskan badan dia. Sebab klu tak kontrol  berat badan akan meningkat dan apabila sistem saraf dah matang boleh menyebabkan salur darahnya tersumbat.  Apa-apa yang berlaku pada peringkat awal akan membawa ke peringkat dewasa.

Ini adalah contoh kanak-kanak yang tidak sihat dan selalunya kesakitan anak-anak akan menjadi penderitaan ibu bapa. Klu anak anda sakit bukan anak anda sahaja yang susah tetapi ibu bapa juga susah sebab aktiviti harian akan terbantut bukan sahaja dari segi kewangan tetap dari segi kesihatan dan emosi juga. 1 keluarga akan menderita.

Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlulah peka terhadap kesihatan dan perkembangan anak anda untuk menjamin masa depan mereka agar lebih cerah dan membawa kebahagian kepada keluarga anda. :D

Kesihatan kita bermula dengan pengambilan nutrisi yang baik.





Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI

Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 

Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


nRelate Posts Only