sumber google |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit info mengenai kenapa ibu menyusu dan ibu hamil sangat memerlukan kalsium? Kita selalu dengar ibu mengandung dan menyusu mesti minum susu untuk dapatkan kalsium secukupnya kan.
Sebelum saya ceritakan lebih lanjut mengenai kepentingan kalsium, jom kita saksikan dulu kisah seorang ibu muda yang kekurangan kalsium sehingga tak dapat nak dukung bayi sendiri lama-lama.
Kenapa Kalsium Sangat Penting untuk ibu hamil dan menyusu ?
Seperti yang kita selalu dengar dalam iklan-iklan di televisyen, kalsium sangat penting untuk tulang yang sihat dan kuat.Kalsium yang cukup dapat membantu ibu-ibu ini daripada masalah-masalah seperti:
sumber google |
- Membantu mengatasi lenguh-lenguh otot dan kejang kaki. Hal ini kerana, pengambilan kalsium yang secukupnya akan membantu membentuk otot yang sihat. Ibu-ibu ini mereka sering membawa perut dan bayi oleh itu pengambilan kalsium yang cukup sangat membantu perkerakan mereka.
- Membantu kuatkan gigi dan tulang. Ibu hamil mereka sangat perlu mengambil kalsium yang secukupnya kerana anak dalam kandungan mereka akan mengambil kalsium daripada ibu untuk pembinaan gigi dan tulang. Oleh itu, untuk memberikan kalsium yang secukupnya kepada bayi dalam kandungan ibu perlu mengambil kalsium dengan secukupnya.
- Melindungi ketumpatan tulang. Ketumpatan tulang amat penting untuk ibu-ibu ini kerana mereka perlu mengendung bayi mereka. Sekiranya mereka mengalami masalah tulang yang pastinya menjadi kesukaran kepada mereka. Oleh itu, pengambilan kalsium sangat penting buat mereka.
- Pengambilan kalsium yang secukupnya juga boleh membantu mengelakkan daripada penyakit darah tinggi.
- Kalsium juga penting untuk bayi , oleh itu ibu hamil dan menyusu perlu mengambil kalsium yang secukupnya untuk memastikan kandungan kalsium dalam susu ibu mencukupi. Susu ibu yang berkhasiat mengandungi 40% kalsium didalamnya.
sumber gambar google |
- Kalsium juga boleh membantu masalah sembelit ibu hamil dan ibu yang mengalami sembelit selepas melahirkan.
sumber google |
Tahukah Anda?
Tahukah anda kalsium juga sebenarnya boleh membantu mengurangkan komplikasi semasa proses bersalin. Dalam satu artikel KOSMO ada menulis mengenai "Kurangkan Komplikasi Meneran Semasa Meneran"Jom Baca selanjutnya.
Kurangkan komplikasi semasa meneran
nizha.periswamy@kosmo.com.my
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Ibu hamil perlu senantiasa memastikan kesihatan tulang mereka. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet Sumber Asli.
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Para ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disarankan mengambil suplemen kalsium sebagai ganti. Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan Kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
Shaklee Mencadangkan Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya setiap hari
Ostematrik merupakan produk nurtisi shaklee yang membekalkan kalsium yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi kerana selain kalsium ostematrik juga mengandungi vitamin D dan magnasium yang membantu penyerapan kalsium untuk tubuh badan anda.
Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ostematrik ini dengan membaca entry dibawah ini :
Dapatkan ostematrik untuk kesihatan anda sekarang dengan membuat pembelian secara online dengan klik gambar dibawah :
Atau hubungi saya seperti maklumat yang tertera dibawah untuk dapatkan konsultasi percuma khas untuk pelanggan saya :D
Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com
=========================================================================
"INGIN
MENDAPAT 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DAN LEBIH LAGI DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI
SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL
PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE
GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=============================================================