>

Wednesday, 23 July 2014

BASIC H SHAKLEE

Basic H Shaklee

Tahukah anda dewasa ini, kebanyakan pencuci serbaguna mempunyai kandungan toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit,atau sistem pernafasan. Mari kita sama-sama berfikir adakah rumah kita tempat yang paling selamat??? Selamat dari segi keselamatan dan kesihatan ahli rumah ??? 

basic h shaklee

Hari ini saya nak cerita serba sedikit mengenai PEMBERSIH SERBAGUNA SHAKLEE iaitu Basic H. 

Basic H Shaklee TIDAK mengandungi bahan pelarut sentetik atau organik yang boleh mengakibatkan kesan seperti:
  • mengganggu keseimbangan Hormon - pelarut sintetik
  • merosakkan hati dan ginjal - morfolin
  • merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan - ammonia (biasanya dalam pencuci kaca)
  • merengsakan hidung - butyl cellosolve

Basic H ini adalah pemebersih serbaguna yang boleh digunakan untuk apa2 sahaja di dalam rumah anda malah ia juga sesuai untuk dijadikan PEMBERSIH BOTOL SUSU  anak anda berikutan sifatnya yang BEBAS TOKSIK malah membersih dengan berkesan.

Anda hanya perlu cairkan mengikut arahan. Tiada bilas,tiada sisa dan formula bebas coretan.

basic h shaklee


3 prinsip Shaklee yang membuatkan Basic H Shaklee berbeza dengan broduk lain ialah:


1.Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
2.Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
3.Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H ini bukan sahaja selamat untuk kesihatan malah sangat jimat kerana mempunyai kepekatan yang tinggi. Hanya dengan 473ml mampu menghasilkan 182liter air bancuhan yang selamat dan benar-benar berkesan.


Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
        Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
       Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

  • Tingkap dan cermin
       Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

  • Lantai
       Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
       Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

jaminan mutu kebersihan shaklee

Jom dapatkan sekarang untuk kebersihan dan kesihatan lebih terjamin. KLik BASIC H SHAKLEE untuk membuat order :)

basic H shaklee

Ingin dapatkan harga lebih murah ??? Jom jadi ahli.

Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.

Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI

Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 

Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com






Wednesday, 16 July 2014

SET BUASIR SHAKLEE


Buasir?? Penyakit ini sering melanda orang dewasa berumur diantara 20-30 tahun di malaysia namun tidak ramai yang mengalami tidak mengambil rawatan awal dek kerana malu. Akibatnya ,apabila sudah di peringkat yang lebih teruk buasir ini akan lebih susah untuk ubati.


Mari kita lihat jenis-jenis buasir

Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.

Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.


• Buasir Dalaman:


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.


• Buasir Luaran:



Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya



Buasir dalaman ini  boleh dibahagikan kepada 4 bahagian(stage):

Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
   
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak

Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak   

Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula

SET BUASIR SHAKLEEDalam praktik klinikal sebenarnya presentasi pesakit biasanya bercampur-campur diantara perengkat –perengkat diatas dan kebanyakan orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan ‘fistula’.
Buasir kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran vena di jam 3, 7 dan jam 11  malah boleh meliputi di sekeliling anus.


JOM BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT


Oleh itu bagi anda yang mempunyai masalah buasir...Pihak Shaklee telah mencadangkan suplemen SET BUASIR untuk membantu menangani masalah ini :



SET BUASIR SHAKLEE


Untuk order klik SET BUASIR SHAKLEE untuk urusan seterusnya.



Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI

Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 

Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Tuesday, 15 July 2014

SET RESDUNG SHAKLEE

set resdung shaklee





Ramai yang tahu apakah penyakit Resdung dan Sinus , persoalannya adakah anda pengetahui perbezaan antara Resdung dan sinus? mari kita lihat perbezaan berdasarkan definisi :
  • Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid.

  • ‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Antara 2 jenis penyakit yang sering dikaitkan dengan istilah Resdung dan Sinus ini ialah;


1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)
Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.

2. Sinusitis
Dalam penyakit ini, seseoramg itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu. 

Penyakit ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti;

  • penyakit tb
  • jangkitan  kuman
  • boleh  memberi kesan kepada telinga ( boleh pekak)
  • boleh merosakkan penglihatan (boleh buta)
  • boleh memberi kesan buruk komlikasi kepada otak
  • kanser
Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit tetapi ianya tetap membawa mudharat sekiranya tidak dirawat dan menjejaskan kehidupan seharian kita. 

Skarang ini banyak cara rawatan untuk mengurangkan dan membantu memulihkan resdung..Shaklee juga ada mencadangkan SET RESDUNG untuk membantu pesakit Resdung.

set resdung shaklee


set resdung shaklee



Jom beli skarang dengan klik SET RESDUNG SHAKLEE untuk teruskan urusan pembelian

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com



Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI

Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 

Ingin tahu kelebihan shaklee?? klikKELEBIHAN SHAKLEE


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Menjadi ahli Shaklee?? apa kelebihannya??




Kelebihan sekiranya anda menjadi Ahli Shaklee ialah:
  • Anda boleh menikmati penjimatan sebanyak 15%-20% dengan harga ahli.
  • Anda boleh menjana pendapatan dari rumah
  • sekiranya anda berminat untuk berbisnes, kami menyediakan kelas online secara PERCUMA 
  • tidak perlu simpan stok 
  • Anda berpeluang memperoleh cash reward dengan pengumpulan sejumlah uv tertentu.
  • Anda juga berpeluang untuk mendapat ganjaran yang lebih hebat iaitu:-
    # Cash Bonus - bonus prestasi, bonus kepimpinan, Insentif Coordinator.
    # Convention - percutian dalam negara, percutian antarabangsa / mengerjakan umrah
    # Car Bonus 
JOM DAFTAR SEKARANG...HUBUNGI SAYA PADA MAKLUMAT YANG TERTERA DIBAWAH

#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com



*Ingin mengetahui tentang KEISTIMEWAAN SHAKLEE KLIK KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Ingin mengetahui cara mendaftar ahli Shaklee??? KLik Cara Nak Jadi Ahli Shaklee

Monday, 14 July 2014

Cara Nak Jadi Ahli Shaklee


Anda selalu mendengar atau melihat testimoni-testimoni yang berkesan daripada Shaklee???
Anda seorang pengguna tegar Shaklee???
Ingin menambah pendapatan tambahan secara full time atau part time???
Anda ingin menjadi ahli shaklee???

Jom ketahui bagaimanakah cara untuk menjadi ahli shaklee ni.......

Ok..untuk menjadi ahli anda mempunyai 2 cara iaitu:


  1. SERTAI AHLI DENGAN CARA BERBAYAR 

Sertai ahli dengan cara berbayar ini , anda HANYA perlu membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM65 + postage RM 10 bagi semenanjung dan RM 20 bagi Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, sekiranya anda tinggal di semenanjung anda perlu membayar Hanya RM75 dan RM85 bagi Sabah dan Sarawak untuk yuran pendaftaran ahli shaklee SEUMUR HIDUP.
Eh, kenapa perlu postage-postage ni??
Setelah anda mendaftar sebagai ahli shaklee ni.. Pihak shaklee akan menghantar Kit Keahlian Shaklee ke alamat anda sebab perlu bayaran postage tersebut.
          Apa yang ada dalam KIT KEAHLIAN SHAKLEE tu?? 
          Dalam Kit keahlian tersebut Shaklee akan bekalkan
  • Katalog produk,
  • product guide
  • sistem bisnes Shaklee..




2. SERTAI AHLI DENGAN PERCUMA
     Betul ke boleh dapat KEAHLIAN PERCUMA ni??
     Betul..tetapi untuk mendapat keahlian PERCUMA              ni..ada syaratnya..
               Anda perlu:
  • membuat pembelian produk dalam satu resit dengan mengumpul uv sebanyak 200uv iaitu lebih kurang sejumlah RM 650. 
  • Sebenarnya selain mendapat KEAHLIAN PERCUMA ni anda juga akan mendapat CASH BONUS bulan semasa lebih kurang RM30++ dan penjimatan lebih RM100. 
  • Biasanya pembelian produk yang mudah untuk mendapat KEAHLIAN PERCUMA ini adalah seperti:

Ingin mengetahui tentang KEISTIMEWAAN SHAKLEE?? KLIK  KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Ingin mengetahui kelebihan mendartar sebagai ahli?? klik 

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE







 JOM DAFTAR SEKARANG...HUBUNGI SAYA PADA MAKLUMAT YANG                                                              TERTERA DIBAWAH


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com



Friday, 11 July 2014

Kesihatan Jantung dan CoQ Health plus Shaklee

coQ health plus shaklee


Dewasa kini, penyakit karnivaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat malaysia dan 2 setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian yang berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang di keluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.

Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit karnivaskular seperti JANTUNG dan STROK. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti :
  • diet seimbang
  • mengambil suplemen berkualiti 
  • senaman secara teratur
  • tidak merokok
  • memastikan berat badan ideal.
coQ health plus shaklee


Shaklee telah memperkenalkan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang merupakan salah satu daripada suplement kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

Apakah itu Koenzim Q10 ?


CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Mengpa Koenzim Q10 penting untuk tubuh kita?



CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

coQ health plus shaklee


CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung


Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan?


Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.

coQ health plus shaklee


Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.

coQ health plus shaklee


Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.

Penyelesaian untuk Anda CoQHealth™ Plus


CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


Dos pengambilan
Sebiji kapsul sehari selepas makan

coQ health plus shaklee
#jauhi daripada kanak-kanak. bagi perempuan mengandung, menyusu bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.


Perbezaan CoQHealth™ Plus Shaklee

  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth™ Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.


  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.


  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).


  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semula jadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.


  • TanpaGluten.

sumber : shaklee

untuk order klik BELI

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Thursday, 10 July 2014

AIR MINUMAN ANDA TERCEMAR?

APAKAH ITU AIR?


Air merupakan keperluan asas kepada manusia. Secara purata, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman boleh didapati pada kadar yang murah dan mudah didapati di dalam negara. Namun, masih ramai yang memilih untuk minum minuman soda yang berlebihan dalam kehidupan harian.

Air adalah penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga merupakan pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan.

Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asthma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di negara Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya 2 peratus penurunan air dalam badan sahaja, cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, meminum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.


JENIS-JENIS AIR DI DUNIA

  • Air Bermineral (Mineral Water)
Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.
  • Air Minuman Bertapis (Purified Drinking Water)
Biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti sinaran UV [ultra-ungu], penurasan fiber, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini, banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.
  • Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis Water)
Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui pelbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh. Kini, terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.
  • Air Beralkali (Alkaline Water)
Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali digunakan untuk bateri. Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau muscle cramps. Air terbaik di dunia iaitu air Zam-zam yang juga lebih tinggi kandungan alkali dan tidak memudaratkan badan.


KELEBIHAN MEMINUM AIR


  • Air boleh menyejukkan
Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, kadar darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.
  • Mengumpulkan zat-zat makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Beberapa zat makanan yang larut dalam air sehingga diserap dengan air.
  • Memudahkan proses pembuangan tinja/najis
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.
  • Menjaga kelembapan kulit agar tetap halus
Sel memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihatan lebih uzur.
  • Bebas dari penyakit batu karang
Penyakit batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar dibawa oleh air.

Nilai peratus keperluan air di dalam tubuh badan manusia


ADAB MEMINUM AIR DALAM ISLAM
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah " Bismillah"
  • Minum dengan tiga nafas secara berselang-selang.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Nafas jangan dihembus-hembus ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah"
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Persoalannya adakah air yang kita minum setiap hari itu bebas daripada tercemar ??

Dunia hari ini, bendasing tersembunyi pada air bersih. Air paip yg kita putar setiap hari itu pun sekiranya kita lihat pada keadaan airnya mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah selamat untuk diminum?

air paip yg tidak sihat


Sebenarnya,bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada minuman.

Kini antara jalan penyelesaian yang boleh kita ambil adalah dengan Shaklee “GET CLEAN®  WATER” air yang bersih dan sihat datangnya dari sebuah Jag Air sahaja.

Untuk penerangan lanjut mengenai GET CLEAN®  WATER anda boleh klik SINI


Untuk membuat pembelian anda boleh klik BELI

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


sumber artikel: paapaada