>

Thursday, 10 July 2014

AIR MINUMAN ANDA TERCEMAR?

APAKAH ITU AIR?


Air merupakan keperluan asas kepada manusia. Secara purata, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman boleh didapati pada kadar yang murah dan mudah didapati di dalam negara. Namun, masih ramai yang memilih untuk minum minuman soda yang berlebihan dalam kehidupan harian.

Air adalah penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga merupakan pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan.

Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asthma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di negara Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya 2 peratus penurunan air dalam badan sahaja, cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, meminum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.


JENIS-JENIS AIR DI DUNIA

  • Air Bermineral (Mineral Water)
Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.
  • Air Minuman Bertapis (Purified Drinking Water)
Biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti sinaran UV [ultra-ungu], penurasan fiber, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini, banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.
  • Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis Water)
Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui pelbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh. Kini, terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.
  • Air Beralkali (Alkaline Water)
Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali digunakan untuk bateri. Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau muscle cramps. Air terbaik di dunia iaitu air Zam-zam yang juga lebih tinggi kandungan alkali dan tidak memudaratkan badan.


KELEBIHAN MEMINUM AIR


  • Air boleh menyejukkan
Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, kadar darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.
  • Mengumpulkan zat-zat makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Beberapa zat makanan yang larut dalam air sehingga diserap dengan air.
  • Memudahkan proses pembuangan tinja/najis
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.
  • Menjaga kelembapan kulit agar tetap halus
Sel memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihatan lebih uzur.
  • Bebas dari penyakit batu karang
Penyakit batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar dibawa oleh air.

Nilai peratus keperluan air di dalam tubuh badan manusia


ADAB MEMINUM AIR DALAM ISLAM
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah " Bismillah"
  • Minum dengan tiga nafas secara berselang-selang.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Nafas jangan dihembus-hembus ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah"
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Persoalannya adakah air yang kita minum setiap hari itu bebas daripada tercemar ??

Dunia hari ini, bendasing tersembunyi pada air bersih. Air paip yg kita putar setiap hari itu pun sekiranya kita lihat pada keadaan airnya mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah selamat untuk diminum?

air paip yg tidak sihat


Sebenarnya,bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada minuman.

Kini antara jalan penyelesaian yang boleh kita ambil adalah dengan Shaklee “GET CLEAN®  WATER” air yang bersih dan sihat datangnya dari sebuah Jag Air sahaja.

Untuk penerangan lanjut mengenai GET CLEAN®  WATER anda boleh klik SINI


Untuk membuat pembelian anda boleh klik BELI

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


sumber artikel: paapaada

1 comment: