>

Friday, 7 November 2014

Tahukah Anda Apakah Itu Insulin ?


insulin


Kalau kita bercakap soal diabetes atau kencing manis, maka kita perlu bercakap juga soal insulin. Kerana insulinlah penyebab utama mengapa gula dalam darah (blood glucose) di dalam tubuh kita tidak boleh dikendalikan dengan normal. Banyak pakar mengatakan bahawa jika mahu kendalikan gula dalam darah (blood glucose), maka harus mampu kendalikan insulin.


Apakah insulin ?

Insulin merupakan salah satu hormon didalam tubuh manusia yang dihasilkan oleh sel beta pulau lengerhans yang berada didalam kelenjar pancreas. Insulin boleh juga disebut protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula (glucose) didalam tubuh.

Bagaimana insulin dihasilkan

Insulin pertama kali dibuat pada tahun 1921 oleh Frederick Grant Banting. Sekian lama insulin dihasilkan dari ekstraksi pankreas lembu dan babi. Dalam perkembangan selanjutnya insulin dihasilkan dari ekstraksi biosintetis dan kejuruteraan genetik yang menghasilkan insulin yang sama dengan insulin manusia.

Bagaimana insulin berfungsi

Pemberian insulin kepada pesakit kencing manis hanya boleh dilakukan dengan cara suntikan, jika diberikan melalui oral insulin akan rosak didalam perut. Setelah disuntikkan, insulin akan diserap kedalam aliran darah dan dibawa ke seluruh badan. Disini insulin akan bekerja menormalkan kadar gula darah (blood glucose) dan merubah glucose menjadi tenaga.

insulin

Jenis insulin

Insulin dapat dibezakan atas dasar:

  1. Waktu kerja insulin (permulaan), iaitu waktu mula timbulnya kesan insulin sejak disuntikkan. 
  2. Puncak kerja insulin, iaitu waktu tercapainya puncak kerja insulin. 
  3. Lama kerja insulin (tempoh), iaitu waktu dari timbulnya kesan insulin sampai hilangnya kesan insulin.
 
  • Insulin kerja cepat, bentuknya berupa larutan jernih, mempunyai onset cepat dan tempoh pendek.

  • Insulin berkerja secara sederhana, bentuknya kelihatan keruh kerana berbentuk hablur-hablur kecil, dibuat dengan menambah bahan yang boleh memperlama kerja ubat dengan cara melambatkan penyerapan insulin kedalam darah.

  • Insulin premix (campuran), iaitu insulin yang mengandungi insulin kerja cepat dan insulin kerja sedang. Insulin ini mempunyai onset cepat dan tempoh sedang (24 jam).

  • Ada juga insulin yang mempunyai tempoh panjang (lebih dari 24 jam).

Rawatan dengan insulin harus berdasarkan keperluan masing-masing individu. Doktor akan memilihkan jenis dan kombinasi insulin yang paling sesuai dengan pola hidup diri anda.

Cara simpan insulin

Insulin adalah sediaan yang stabil apablia disimpan dengan baik. Insulin yang masih dalam bungkusan tertutup atau bertutup perlu disimpan didalam peti sejuk pada suhu 2-8 darjah celcius. Insulin tidak boleh disimpan didalam freezer kerana insulin yang pernah membeku tidak boleh digunakan lagi.

Insulin yang sedang digunakan boleh disimpan pada suhu bilik sejuk kurang lebih 25 darjah Celsius. Faktor yang terpenting yang harus dielakkan adalah suhu yang terlalu tinggi dan sinar matahari langsung. Insulin yang terkena cahaya matahari dalam jangka waktu lama akan terurai dan menjadi warna kekuningan. Insulin yang sudah berubah warna tidak boleh digunakan lagi.

Insulin jangan disimpan ditempat yang mungkin menjadi terlalu panas, seperti didalam kereta yang tertutup atau diatas televisyen. Insulin jangan dikacau terlalu lama kerana akan terbentuk gumpalan seperti benang dan perlu dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.

Jenis alat suntik (syringe) insulin

  1. Siring (syringe) dan jarum - Siring dari bahan kaca sukar dibersihkan, mudah pecah dan sering menjadi kurang akurat.Siring yang terbaik adalah siring yang diperbuat daripada plastik sekali pakai. Walaupun banyak pesakit diabetes yang menggunakan lebih dari sekali pakai, sangat disyorkan hanya dipakai sekali saja selepas itu dibuang.
  2. Pena insulin (Insulin Pen) - Siring biasanya tertalu menyusahkan dan kebanyakan pesakit diabetes lebih suka menggunakan pena insulin. Alat ini praktikal, mudah dan menyenangkan kerana nyaris tidak menimbulkan kesakitan. Alat ini menggabungkan semua fungsi didalam satu alat tunggal. 
  3. Pam insulin (Insulin Pump) - Pam insulin (insulin pump) diciptakan untuk mneyediakan insulin secara berterusan. Pam harus disambungkan kepada pesakit diabetes (melalui suatu tiub dan jarum). Gula (Glucose) darah terkawal dengan sangat baik dan sesuai dengan keperluan.

Sumber: Novocare - Novo Nordisk Diabetes Service




"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar