>

Sunday, 19 October 2014

Tips Menggosok Pakaian

tips menggosok pakaian

Tips Mengosok Pakaian Agar Menjadi Lebih Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Hari ni saya nak kongsikan tips lagi...tapi hari ni bukan menyidai pakaian lagi..hari ni tips menggosok pakaian..ha..lepas baju dah kering kita nak gosoklah pulak kan :p

Saya yakin semua pembaca pernah mengosok baju. Biasanya, mengosok pakaian adalah sesuatu perkara yang tak ramai orang suka buat tetapi terpaksa buat untuk menjaga penampilan agar lebih kemas dan yakin.

Oleh itu, disini saya nak kongsikan serba sedikit tips atau info yang kita perlu tahu agar kerja mengosok pakaian menjadi lebih mudah.

menggosok pakaian
Contoh Jenis Seterika

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:


  • Menggosok baju untuk seminggu - Anda dinasihatkan menggosok baju untuk stok seminggu kerana ia bukan sahaja menjimatkan bil elektrik rumah anda malah menjimatkan tenaga atau masa anda di hari yang lain.
  • Memastikan papan seterika atau meja yang digunakan stabil - Kestabilan penting untuk memastikan keselesaan anda untuk menggosok pakain agar tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini
  • Menggosok pakaian yang hendak diseterika dengan tangan sebelum seterika - untuk memastikan pakaian dapat diseterika dengan sebaiknya tanpa gangguan kedutan dibahagian lapisan bawah pakaian.
  • Memastikan kepanasan seterika sesuai dengan fabrik pakaian - agar pakaian tidak rosak atau terbakar.
  • Menggunakan air untuk memudahkan - air dapat memudahkan proses menyerika terutama pada kedutan yang degil.
  • Menggunakan starch spray - menggunakan starch untuk pakaian yang sangat susah digosok seperti kain jenis cotton 
  • Seterika baju yang mempunyai manik dan corak yang timbul dalam keadaan baju terbalik atau disebelah dalam - Tujuan menterbalikkan baju atau menyerika disebelah dalam pakaian adalah untuk menjaga corak atau manik tersebut agar tidak rosak atau tercabut selain untuk menjaga seterika agar tidak calar dek manik. ;p

Ha...rasanya..tips-tips ini tak adalah sesusah mana kan? Selamat mencuba ;D


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 
Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anma’s Healthcare
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com
Pengedar COD Sekitar Alor Setar